Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Premier: Tugas berat menanti Marko

Misi membawa kembali skuad The Red Warriors beraksi dalam saingan Liga Super 2020

-

Tempoh 25 tahun itu banyak perkara berubah dan sekarang pasukan ini dibarisi pemain muda yang memberi cabaran kepada saya sebagai jurulatih untuk membentuk pasukan

” berkualiti.

Marko Kraljevic

Ketua jurulatih Kelantan

KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan Marko Kraljevic mengakui berdepan tugas berat untuk membawa kembali pasukan The Red Warriors ( TRW) beraksi dalam saingan Liga Super musim 2020.

Jurulatih kelahiran Jerman itu berkata tanggungja­wab menjadi semakin berat apabila beliau belum berkesempa­tan mengenali pemain dan corak permainan pasukan.

Beliau yang baru menerajui pasukan TRW Sabtu lalu, berkata beliau hanya mengetahui pasukan itu melalui internet bukan secara fizikal walaupun sebelum ini pernah bermain dengan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), 25 tahun lepas.

“Tempoh 25 tahun itu banyak perkara berubah dan sekarang pasukan ini dibarisi pemain muda yang memberi cabaran kepada saya sebagai jurulatih untuk membentuk pasukan berkualiti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Pasukan TRW terpaksa beraksi dalam kempen Liga Premier 2019 selepas gagal mengekalka­n kedudukan pada Liga Super musim lepas.

Untuk rekod, Marko merupakan bekas penyerang import Kelantan dari 1991 sehingga 1994 dan kembali ke Kelantan selepas menandatan­gani kontrak sebagai jurulatih selama dua tahun.

Marko yang masih boleh berbahasa Melayu berkata, beliau akan menggunaka­n kelebihan berbahasa Melayu untuk mendekatka­n diri dengan pemain di samping meningkatk­an kepercayaa­n pemain kepadanya.

Sehubungan itu, beliau berkata walaupun sukar untuk mengembali­kan pasukan ke Liga Super, Marko bertekad bekerja keras untuk memastikan khidmatnya memberi kesan positif kepada pasukan.

“Bola sepak tidak ada jalan mudah, kerja keras perlu dilakukan semua pihak terlibat dengan sukan ini selepas diberikan tang- gungjawab oleh majikan.

“Saya perlukan kerjasama antara satu sama lain untuk berdepan cabaran dan kesukaran untuk menghasilk­an sesuatu yang positif kepada pasukan,” katanya.

Pengendali itu berkata beliau mahu melakukan perubahan kepada corak permainan untuk memas- tikan TRW mampu bersaing dengan pasukan lain.

“Kita tidak boleh bercakap tentang strategi kerana perkara itu akan berubah daripada satu perlawanan kepada perlawanan lain...apa yang penting adalah corak permainan dan pemain,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SENGIT: Pemain Selangor United Yusaini Hafiz Chee Saad ( tengah) bersaing untuk mendapatka­n bola dengan penjaga gawang Kelantan Abdul Arif Abdullah (belakang) pada saingan Liga Premier 2019 di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, Kuala Lumpur Sabtu lepas.
— Gambar Bernama SENGIT: Pemain Selangor United Yusaini Hafiz Chee Saad ( tengah) bersaing untuk mendapatka­n bola dengan penjaga gawang Kelantan Abdul Arif Abdullah (belakang) pada saingan Liga Premier 2019 di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia