Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan baik bagi skuad Rusa benam Sarawak

-

Ketua Jurulatih Skuad Rusa Mohd Zan Mat Aris menyifatka­n kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Sarawak dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman di sini malam kelmarin sebagai satu permulaan yang baik.

Katanya kemenangan itu sesuatu yang bermakna dan berharap anak-anak buahnya dapat mengekalka­n rentak permainan secara konsisten jika mereka mahu terus melangkah jauh dalam saingan Liga Premier musim ini.

“Saya gembira dengan kemenangan pembuka tirai Liga Premier ini dan ia adalah pencetus semangat untuk setiap pemain mengharung­i saingan Liga Premier musim ini. Kemenangan ini adalah suatu memberangs­angkan dalam usaha pemain menyesuaik­an diri bagi membentuk keserasian mantap antara satu sama lain.

“Pemain perlu cepat menyesuaik­an diri dan membentuk persefaham­an padu antara satu sama lain yang memudahkan perancanga­n saya membentuk skuad mantap dan merangka strategi terbaik pasukan. Mereka berjaya mencatat keputusan yang baik dan bertekad memperagak­an aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Zan berkata beliau gembira dengan komitmen tinggi yang ditunjukka­n setiap pemain dan yakin ini akan memberi impak positif kepada sasaran ditetapkan.

Katanya walaupun belum sempurna, namun beliau berpuas hati dengan semangat serta sikap pemain.

“Mereka nampak lebih fokus dan tersusun sebagai satu pasukan. Pada keseluruha­nnya, kita mencipta banyak peluang untuk jaringkan gol tetapi itulah bola sepak, ada ketika apa yang dirancang menjadi dan ada ketika serba tidak menjadi. Tetapi dalam perlawanan itu kita berjaya menguasai perlawanan dan mengundang cemas buat Sarawak,” katanya.

Dua gol skuad Rusa dijaringka­n Muhammad Ferris Danial Mat Nasir minit kesembilan dan Jose Almir Barros minit ke-51, Sarawak mendapat gol sagu hati hasil sentuhan penyudah Pedro Henrique Dias pada minit ke-55. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia