Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan bakar semangat skuad Piala Presiden Sarawak

-

Selepas membenam pasukan Pilihan Miri dengan 2-1 dalam perlawanan persahabat­an kelmarin, skuad Piala Presiden Sarawak dijadualka­n menentang Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) di Kuala Lumpur.

Pengurus pasukan, Nazri Datuk Ahmad Lai berkata kemenangan itu membakar semangat pasukan Sarawak menjelang kempen liga itu bermula 21 Februari ini.

“Meskipun kita menang dalam perlawanan persahabat­an namun masih banyak kelemahan perlu diperbaiki dan semua pemain diharap konsisten dalam perlawanan seterusnya,” kata beliau kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Selepas menentang ATM, skuad Piala Presiden Sarawak kemudianny­a akan berangkat ke Melaka bagi menghadapi pasukan Piala Belia Melaka.

Nazri memberitah­u tiga siri perlawanan persahabat­an itu amat penting sebagai penanda aras untuk menilai persediaan pasukan muda Sarawak menjelang kempen sebenar nanti.

“Kita percaya pemain-pemain lebih yakin pada perlawanan menentang ATM dan Piala Belia Melaka malah paling penting mencipta kejutan musim ini,” katanya.

Skuad Piala Presiden Sarawak memulakan kempen pada 21 Februari ini menentang PKNP FC di laman sendiri (Stadium Miri) jam 4.15 petang seterusnya menentang PDRM di laman lawan (25 Februari).

Nazri berharap semua peminat bola sepak tempatan hadir dalam setiap perlawanan bagi memberi sokongan moral kepada barisan pemain Sarawak.

Sarawak berada dalam Kumpulan B bersaing dengan juara musim lalu, Terengganu selain Felda United FC, PDRM, Perak, PKNP FC, Kuala Lumpur, Melaka PKNS FC, Kelantan, Negeri Sembilan dan Akadem Mokhtar Dahari.

Terdahulu, keseluruha­n pengurusan Piala Presiden Sarawak termasuk pemainpema­in menandatan­gan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Kampung Sukan Miri semalam.

Bacaan ikrar dan majlis menandatan­gani dokumen IBR disaksikan oleh pegawa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Cawangan Miri.

Hadir sama Penolong Pengurus Pasukan Mohd Zaifu Fadilah, Penolong Jurulatih Pengiran Bala serta barisan jawatankua­sa pengurusan pasukan Piala Presiden Sarawak.

 ??  ?? BERIKRAR: Barisan pengurusan dan pemain skuad Piala Presiden Sarawak melafazkan ikrar bebas rasuah di Miri semalam.
BERIKRAR: Barisan pengurusan dan pemain skuad Piala Presiden Sarawak melafazkan ikrar bebas rasuah di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia