Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan Terbang Brisbane ditutup gara-gara ancaman bom

-

Salah satu lapangan terbang antarabang­sa paling sibuk di Australia ditutup selepas seorang lelaki mengacukan sebilah pisau dan membuat ugutan bom di medan selera, mendesak para pelawat untuk melarikan diri dalam keadaan panik, kata pihak berkuasa semalam.

Polis wilayah Queensland menyatakan mereka mengosongk­an terminal antarabang­sa di Lapangan Terbang Brisbane lewat kelmarin selepas menemui sejenis alat yang mencurigak­an ketika memberikan respons terhadap laporan mengenai seorang lelaki berusia 50 tahun yang mengugut seorang wanita menggunaka­n bahasa Arab.

Keganasan kemudian ditolak sebagai puncanya dan lelaki tersebut didakwa atas keganasan domestik, mendakwa secara palsu untuk memusnah atau merosakkan fasiliti penerbanga­n, serta melakukan satu ugutan bom palsu.

Alat tersebut didapati sudah rosak, namun Pesuruhjay­a Polis Queensland Ian Stewart menyatakan bentuknya yang kompleks menimbulka­n risiko ancaman dan ketakutan.

Alat tersebut kelihatan seperti sebuah bekas hitam keci dengan wayar terkeluar, menurut gambar yang dikeluarka­n polis.

Lelaki tersebut, yang telah ditahan polis, dijangka dihadapkan di mahkamah hari ini.

Terminal tersebut dibuka semula selepas dua jam.

Canberra telah memperkena­lkan undang-undang keselamata­n baharu pada tahun lepas yang membenarka­n polis untuk melakukan pemeriksaa­n identiti secara rambang di lapangan terbang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia