Utusan Borneo (Sarawak)

32 suspek penyeludup­an manusia diberkas di Albania

-

Polis Albania kelmarin menyatakan mereka telah menangkap 32 orang disyaki sebahagian daripada sindiket penyeludup­an manusia ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat ( AS) dan Kanada dengan dokumen palsu.

Seorang anggota polis turut ditangkap sementara pihak polis masih lagi memburu empat lagi suspek dipercayai sebahagian anggota sindiket, menurut kenyataan polis.

Kumpulan itu turut memalsukan dokumen untuk penjenayah berbahaya yang diburu pihak berkuasa, jelasnya.

Para pendatang membayar kira-kira AS$13,000 (11,300 euro) untuk dokumen perjalanan Britain dan sehingga AS$23,00 untuk rakyat AS dan Kanada.

Mereka diseludup melalui Montenegro, Itali, Greece, Perancis dan Norway, menurut kenyataan tersebut

Pihak polis turut menemui empat bengkel pengeluara­n dokumen palsu serta sejumlah besar pasport, mohor dan pelbagai jenis dokumen palsu.

Albania pada Mac telah menahan 39 orang, termasuk empat anggota polis, disyaki menyeludup kira-kira 1,000 orang Albania ke Britain, AS dan Kanada.

Rakyat Albania memerlukan visa untuk pergi ke Britain, Kanada atau AS.

Pertempura­n terhadap jenayah terancang dan rasuah merupakan kunci utama usaha keanggotaa­n EU oleh Albania.

Negara Balkan itu berharap untuk memulakan rundingan penambahan EU pada tahun ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia