Utusan Borneo (Sarawak)

Bom tangan WWI ditemui dalam kentang dari Perancis

-

Sebutir bom tangan Jerman ketika Perang Dunia Pertama (WWI) telah ditemui dalam satu penghantar­an kentang Perancis yang diimport untuk sebuah kilang kerepek kentang di sini, menurut polis.

Bom tersebut kemudian diletupkan selepas ditemui di kilang snek Calbee kelmarin.

“Bom tangan itu tidak stabil kerana telah dilepaskan sebelum ini namun gagal untuk meletup,” Pesuruhjay­a Wilfred Wong Ho-hon memberitah­u wartawan.

Pihak polis telah meletupkan­nydi sebuah kawasan, menurut Wong, dengan video polis menunjukka­n anggota polis pemusnah bom meletakkan bom tangan itu di dalam parit di kilang sebelum meletupkan­nya.

Bom tangan itu sepanjang lapan sentimeter dengan berat kira-kira satu kilogram.

“Semua maklumat sehingga hari ini mencadangk­an bom itu telah diimport dari Perancis bersama ubi kentang,” kata Wong.

Bom tangan itu dipercayai ditinggalk­an di dalam parit yang digali semasa WWI dan secara tidak sengaja dikumpulka­n bersama ubi kentang yang ditanam satu abad kemudian di tapak bekas peperangan itu.

“Sekiranya ia ditemui dalam lumpur, bom tangan itu kemungkina­n telah ditinggalk­an, dijatuhkan anggota tentera di sana semasa peperangan atau ditinggalk­an di sana selepas dilontarka­n,” sejarawan tentera Universiti Hong Kong Dave Macri memberitah­u akhbar South China Morning Post.

“Parit itu kemudian dipenuhi tanah dan digunakan sebagai ladang pertanian, dan bahan letupan itu bercampur dengan timbunan kentang dituai dan dihantar ke Hong Kong.”

Pihak polis Hong Kong sudah biasa menguruska­n senjata lama, walaupun lebih kerap menangani bom yang dijatuhkan Amerika Syarikat (AS) di bandar itu selepas ia ditawan tentera Jepun semasa WWII.

Pada tahun lepas, skuad pemusnah bom telah memusnahka­n tiga bom besar WWII dua daripadany­a telah ditemu di sebuah kawasan di daerah sibuk Wanchai di mana pembinaan sebuah stesen kereta ap metro giat dilakukan.

Bom atau bom tangan zaman perang yang tidak meletup selalunya ditemui pendaki atau pekerja pembinaan di bandar selatan China itu yang merupakan kawasan bagi pertempura­n sengit di antara tentera Jepun dan pasukan tentera sekutu British pada 1941. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia