Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM didagangka­n rendah dalam dagangan lengang

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksika­n dagangan lengang minggu ini, dengan trend harga merosot antara RM2,100 dan RM2,200 setan.

Pedagang kanan minyak sawitInter­bandGroup,JimTeh berkata kebanyakan pelabur mungkin bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina, dan menyambung semula dagangan pada 11 Feb.

“Walaupun para pelabur akan bercuti dua hari (5-6 Feb), saya menjangkak­an dagangan bagi baki tiga hari lagi dalam kedudukan berhatihat­i memandangk­an pelabur mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat ketika AS dan China bertemu untuk rundingan perdaganga­n.

Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping baru- baru ini bertemu di Washington dengan kedua-dua pemimpin membincang­kan tawaran perdaganga­n masing-masing, yang Trump gambarkann­ya sebagai ‘kemajuan besar’.

Sementara itu, di pasaran tempatan, eksport produk minyak kelapa sawit bagi Januari dilaporkan lebih rendah daripada jangkaan.

Angka eksport meningkat 14.7 peratus kepada 1.47 juta tan berbanding 1.28 juta tan yang dieksport pada Disember 2018, menurut penyelidik kargo Intertek Testing Services.

Bagi minggu yang baru berakhir, harga niaga hadapan MSM didagangka­n bercampur- sampur. Harga didagangka­n lebih tinggi pada awal minggu, menjejaki harga minyak makan yang lebih baik selari unjuran data eksport yang lebih tinggi. Namun, harga merosot selepas itu susulan kedudukan ringgit yang mengukuh selain angka eksport yang lebih rendah.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Hari Wilayah Persekutua­n.

Pada asas Jumaat- keKhamis, Februari 2019 meningkat RM10 kepada RM2,200 setan, Mac 2019 naik RM3 kepada RM2,268 setan, April 2019 meningkat RM5 kepada RM2,299 setan, dan Mei 2019 menambah RM8 kepada RM2, 321 setan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 112,366 lot berbanding 116,431 lot pada Jumaat lepas, manakala minat terbuka meningkat kepada 215,476 kontrak berbanding 212,378 kontrak.

Di pasaran fizikal, Februari Selatan merosot RM10 kepada RM2,180 satu tan berbanding RM2,190 setan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia