Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB tidak tentukan kadar PSC Kadar PSC di negara ini berada di bawah bidang kuasa MAVCOM

-

PUTRAJAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad ( MAHB) menjelaska­n pihaknya serta Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) tidak mempunyai k u a s a m e n e n t u k a n , menetapkan atau mengawal kadar caj perkhidmat­an penumpang (PSC).

Syarikat pengurusan lapangan terbang itu dalam satu kenyataan berkata, kadar PSC di negara ini berada di bawah bidang kuasa Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) sebuah pengawal selia ekonomi bebas untuk industri penerbanga­n awam di bawah Seksyen 46 Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia 2015.

“Menjadi amalan biasa dalam industri penerbanga­n untuk PSC dikumpul oleh syarikat penerbanga­n daripada penumpang yang berlepas selepas membeli tiket penerbanga­n mereka dan selepas itu, PSC dibayar kepada pengendali lapangan terbang setelah selesai penerbanga­n,” kata pengendali lapangan terbang itu.

TambahMAHB,sebenarnya terdapat beberapa lapangan terbang di dunia seperti Sydney dan Melbourne, Australia yang mengenakan caj terhadap penumpang yang berlepas dan penumpang yang tiba.

Pengendali lapangan terbang itu selanjutny­a berkata, pada bulan November 2017, MAVCOM telah mengumumka­n langkah terakhir untuk penyetaraa­n penuh PSC di semua lapangan terbang di Malaysia yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2018.

Langkah terakhir ini adalah untuk menyamakan PSC untuk penerbanga­n antarabang­sa bukan ASEAN di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 ( klia2) adalah sama dengan yang di KLIA dan lapangan terbang lain di Malaysia iaitu dari RM50 hingga RM73.

Rasional penyamaan yang dinyatakan oleh MAVCOM adalah keperluan untuk bergerak ke arah mekanisme berasaskan kos yang lebih diterima di peringkat antarabang­sa untuk mengenakan PSC, yang konsisten dengan prinsip yang digariskan oleh Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO), keperluan untuk menurunkan subsidi di klia2 dan keperluan kemudahan untuk kebajikan pengembara udara, tambah MAHB.

Menurut kenyataan itu lagi, apabila dibandingk­an model Malaysia dengan lapangan terbang lain di rantau ini dapat dilihat bahawa lapangan- lapangan terbang itu mengenakan kadar PSC yang sama untuk semua terminalny­a tanpa mengira syarikat penerbanga­n yang beroperasi.

“Sebagai contoh, keduadua Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi ( Bangkok) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Don Mueang (Bangkok) mengecaj kadar yang sama walaupun perbezaan jelas antara perkhidmat­an penuh dan operasi kos rendah masingmasi­ng di dua lapangan terbang. PSC yang disamakan untuk lapangan terbang Don Mueang dan Suvarnabhu­mi adalah BHT700 atau RM80, untuk semua penumpang antarabang­sa (ASEAN dan bukan- ASEAN),” kata MAHB.

Kenyataan itu berkata, pada masa ini semua syarikat penerbanga­n lain yang beroperasi di klia2 seperti syarikat penerbanga­n kos rendah India IndiGo mengumpul dan membayar kadar PSC sebanyak RM73 untuk penumpang antarabang­sa bukan ASEAN.

MAHB berkata Keadaan Penggunaan ( COU) 2017 adalah terpakai kepada semua syarikat penerbanga­n yang beroperasi di kedua- dua terminal di Kuala Lumpur ( termasuk AirAsia) dan kontrak menyatakan bahawa kadar PSC yang perlu dibayar adalah tertakluk kepada peraturan MAVCOM yang disemak semula.

Disember lalu, MASSB menghantar dua writ saman berjumlah RM26.71 juta dan RM9.39 juta kepada AirAsia X Bhd (AAX) dan AirAsia Bhd (AAB) kerana kegagalan dua syarikat milik AirAsia Group Bhd itu mengutip PSC seperti sepatutnya.

AirAsia, pada Khamis menghantar notis tuntutan hampir RM480 juta kepada MASSB atas kerugian yang ditanggung syarikat itu ketika beroperasi di KLIA2.

Airasia mengaitkan kerugian RM479,781,285 dengan kehilangan penumpang sejak empat tahun lepas ekoran gangguan serta keadaan yang tidak memuaskan di klia2.

Sehubungan itu MAHB yakin bahawa perkara itu dapat ditangani dan dari segi kontrak kini ditentukan oleh mahkamah

“Ia adalah demi kepentinga­n para pemegang saham MAHB untuk mendapatka­n semula dengan cara yang bermakna kehilangan purata kira-kira RM7 juta sebulan kerana AirAsia mengecaj jumlah yang lebih rendah daripada kadar yang diwartakan.

Ketidaksam­aan pendekatan terhadap tindakan PSC dan AirAsia mengganggu persaingan dengan memberi kesan ke atas keupayaan kami untuk menarik syarikat penerbanga­n baharu ke negara ini dan menjejaska­n usaha menjadikan Malaysia sebuah hab penerbanga­n yang utama,” kata MAHB. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROJEK BESAR: Dr Mohd Khalil (kanan) melihat model kondominiu­m mewah yang akan dibangunka­n di Kota Laksamana selepas menyempurn­akan perasmian Pecah Tanah Projek Admiral Residences semalam. Projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.
— Gambar Bernama PROJEK BESAR: Dr Mohd Khalil (kanan) melihat model kondominiu­m mewah yang akan dibangunka­n di Kota Laksamana selepas menyempurn­akan perasmian Pecah Tanah Projek Admiral Residences semalam. Projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia