Utusan Borneo (Sarawak)

Tanjung Ratna akan bangunkan kondominiu­m mewah RM500 juta

-

M E L A K A : P r o j e k kondominiu­m mewah, Admiral Residences bernilai kira-kira RM500 juta, yang akan dibangunka­n oleh Tanjung Ratna Sdn Bhd di Kota Laksamana di sini, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun selepas kerja-kerja pembanguna­nnya bermula akhir bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tanjung Ratna Sdn Bhd Datuk Julian Lau berkata projek yang melibatkan empat blok itu menawarkan 1,440 unit kondominiu­m empat bilik dan tiga bilik pada harga serendah RM296,000 bagi kuota Bumiputera dan RM328,000 untuk bukan Bumiputera menerusi dua fasa.

Beliau berkata bagi fasa pertama, ia melibatkan pembanguna­n dua blok - A dan B dengan 720 unit kondominiu­m. Blok A telah habis dijual manakala blok B pula mencecah jualan 50 peratus.

“Fasa kedua pula yang melibatkan blok C dan D, dijangka dibangunka­n pada suku kedua tahun ini melibatkan 720 unit kondominiu­m. Projek ini berstatus pegangan sementara dan tapak tanah pula berstatus kediaman berbanding pembanguna­n lain di sekitarnya yang berstatus komersial.

“Daripada keseluruha­n jumlah unit itu, 40 peratus daripadany­a untuk kuota Bumiputera selain mereka akan mendapat 10 peratus diskaun daripada kerajaan negeri Melaka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Admiral Residences di sini, kelmarin.

M a j l i s b e r k e n a a n disempurna­kan Yang diPertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana Low Chee Leong serta Ketua Pegawai Operasi Tanjung Ratna Sdn Bhd Allan Chee.

Mengulas lanjut, Lau berkata secara keseluruha­n, berdasarka­n penjualan bagi fasa satu, hampir 95 peraus pembeli merupakan anak kelahiran negeri Melaka dan mereka membeli premis tersbeut untuk tujuan kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual semula.

Beliau berkata sehingga kini, hanya kira- kira 15 peratus penolakan pinjaman pembiayaan bank melibatkan pembeliaan kondominum itu dan angka tersebut dilihat amat rendah berbanding projek lain sekitar 50 peratus.

Sementara itu, katanya syarikat berkenaan melabur kira-kira RM 5 juta untuk mengguna pakai teknolog solar di bangunan premis kediaman itu dan ia baka memberi penjimatan perbelanja­an bil elektrik kepada penghuni sehingga RM400,000 setahun.

Beliau berkata inisiati tersebut selaras dengan amalan hijau yang ditekankan kerajaan negeri selain memupuk budaya hijau dalam kalangan penghun mereka.

“Teknologi itu mampu menjana lebih 720,000 kilowatt sejam dan pembel bakal menikmati caj bi elektrik yang lebih rendah dengan penjimatan kira-kira RM30 sebulan. Selain itu mereka juga dapat menikmat pelbagai caj lain yang lebih murah seperti bil air, cuka taksiran harta dan pintu serta yuran pengurusan kerana projek ini dibangunka­n d tanah komesial yang ditukar kepada kediaman,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia