Utusan Borneo (Sarawak)

Unit ARK Holdings akan bangunkan projek bersepadu RM600 juta

-

Unit ARK Resources Holdings Bhd (ARK Holdings), ARK Resources Bhd (ARB), akan melaksanak­an pembanguna­n bersepadu pelbagai fasa dengan nilai pembanguna­n kasar (NPK) RM600 juta susulan perjanjian pembanguna­n usaha samanya dengan Koperasi Kampung Melayu Balik Pulau Bhd (KKMBPB).

Menurut kenyataan ARK Holdings kepada Bursa Malaysia baru- baru ini, pembanguna­n yang dicadangka­n itu akan dilaksanak­an di kawasan luas 36.38 hektar di daerah barat daya Pulau Pinang yang dimiliki KKMBPB.

Projek itu akan merangkumi antara lain, 276 unit rumah teres dua tingkat; 214 unit rumah berkembar dua tingkat; 91 unit banglo dua tingkat; dua blok masingmasi­ng bagi kondominiu­m dan pangsapuri kos rendah; kedai runcit; bazar; ruang terbuka; sekolah; masjid dan dewan komuniti.

ARK Holdings berkata KKMBPB dan ARB telah bersetuju bagi nisbah kelayakan perkongsia­n 20:80 ke atas NPK itu.

Ia berkata daripada kelayakan RM120 juta yang akan dibayar kepada KKMBPB, RM45 juta akan dijelaskan secara tunai manakala bakinya RM75 juta akan dibayar dalam bentuk unit, bidang, plot, lot komponen pembanguna­n atau 20 peratus daripada NPK tolak bayaran tunai, yang mana lebih tinggi.

ARK Holdings berkata pembanguna­n itu akan dibiayai melalui dana dalaman atau/dan pinjaman bank.

Projek itu dijangka memperkuku­h perniagaan teras syarikat dalam pembanguna­n hartanah sejajar dengan strateginy­a untuk mencari kawasan lebih strategik.

Pembanguna­n itu juga dijangka menjana aliran pendapatan lebih baik bagi jangka panjang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia