Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan Kulim Agrotech Centre bantu Kulim kembang bidang R&D

-

Pembukaan kompleks penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) Kulim Agrotech Centre, di sini, dengan kos pembanguna­n keseluruha­n berjumlah RM20 juta, secara tidak langsung membantu Kulim mengembang­kan bidang penyelidik­annya.

Presiden & Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim berkata Kulim Agrotech Centre di kawasan seluas 2.87 hektar itu juga adalah selaras dengan aspirasi kerajaan Johor untuk membudayak­an sains dan teknologi serta mencipta nilai baharu dalam R&D.

“K u l i m A g r o t e c h Centre mengandung­i lima bahagian operasi iaitu biak baka tanaman, kultur tisu, makmal kimia, genomik dan mikrobiolo­gi serta pentadbira­n agronomi dan khidmat nasihat.

“Dengan adanya kompleks yang beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga tahun lepas ini, ia secara tidak langsung akan membantu Kulim mengembang­kan bidang penyelidik­annya,” katanya berucap pada majlis pembukaan kompleks berkenaan dan pelancaran ‘ Cashless Estate’ di sini semalam, yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Kulim Zulkifly Zakariah.

Kamaruzzam­an yang juga Pengerusi Kulim berkata impak R& D oleh Kulim Agrotech Centre bukan sahaja dapat membantu Kulim meningkatk­an produktivi­ti seperti menghasilk­an buah tandan kelapa sawit segar dan kandunganm­inyakyangt­inggi, malah percaya hasil kajian juga mampu memberi manfaat kepada industri perladanga­n keseluruha­nnya, terutama dalam aspek peningkata­n kualiti dan inovasi produk agro.

Mengenai ‘Cashless Estate’, beliau berkata ia merupakan kemudahan pembayaran gaji bulanan tanpa tunai kepada pekerja ladang menerusi KA$H Card yang setakat ini memberi manfaat kepada 500 pekerja asing di ladang milik Kulim iaitu Ladang Sedenak, Ladang Mutiara dan Ladang Basir Ismail. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Kamaruzzam­an (tiga kanan) melihat contoh bahan baja yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit ketika melawat bahagian penyelidik­an selepas merasmikan pembukaan Kompleks R&D Kulim Agrotech Center di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Kamaruzzam­an (tiga kanan) melihat contoh bahan baja yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit ketika melawat bahagian penyelidik­an selepas merasmikan pembukaan Kompleks R&D Kulim Agrotech Center di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia