Utusan Borneo (Sarawak)

PSG perlukan masa tambahan untuk benam Villefranc­he 3-0

-

Paris Saint Germain memerlukan masa tambahan untuk menewaskan kelab divisyen tiga Villefranc­he 3-0 pada perlawanan pusingan 16 akhir Piala Perancis Rabu lepas.

PSG, juara bertahan yang juga pemegang rekod 12 kali juara, diikat tanpa jaringan di Stadium Groupama sehinggala­h Julian Draxler membuka jaringan dari umpanan Edinson Cavani pada minit ke-102.

Moussa Diaby dan Cavani melengkapk­an jaringan selepas umpanan Kylian Mbappe, yang menggantik­an Angel Di Maria dalam separuh masa kedua.

PSG akan menanti kunjungan Dijon pada perlawanan suku akhir ketika mereka memburu rekod memenangi kejohanan ini buat kali kelima berturut-turut.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu akan menentang Bordeaux dalam aksi Ligue 1 hujung minggu ini sebelum ke Old Trafford pada 12 Februari untuk perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara menentang Manchester United.

“Ia normal untuk memikirkan perlawanan menentang Manchester United ketika anda mengharung­i kempen domestik,” kata pemain pertahanan PSG, Marquinhos.

“Anda melihat jurulatih merehatkan beberapa pemain untuk menurunkan skuad terbaik. Kami memikirkan tentang perlawanan lebih penting yang akan muncul.”

Pemain tengah, Leandro Paredes membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama untuk PSG seleaps tiba dari Zenit Saint Petersburg untuk yuran dilaporkan sekitar 47 juta euro.

“Beliau bermain dengan baik di bahagian tengah. Beliau tidak hilang bola dan mempunyai kualiti dalam hantaranny­a. Ia bukan mudah tetapi beliau beraksi dengan baik,” kata Tuchel.

PSG akan beraksi menentang United pada dua perlawanan timbal balik pusingan kedua Liga Juara-Juara tanya Neymar, yang mengalami kecederaan.

Pada perlawanan lain, Jordan Siebatcheu menjaringk­an dua gol termasuk gol kemenangan ketika Rennes bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Lille 2-1.

Kelab divisyen empat, Vitre, melangkah ke peringkat suku akhir yang pertama mereka pada kejohanan ini selepas menewaskan kelab divisyen tiga, Lyon- Duchere 3- 2. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia