Utusan Borneo (Sarawak)

Real tebus sedikit kekecewaan di Nou Camp

Messi gagal cetus inspirasi ketika Barca diikat Real Madrid pada aksi El Clasico Rabu lepas

-

BARCELONA, Sepanyol: Real Madrid kelihatan menebus sedikit kekecewaan di Nou Camp apabila mengikat Barcelona 1-1 dan mendapat sedikit kelebihan pada perlawanan separuh akhir Copa del Rey Rabu lepas.

Lionel Messi dan Gareth Bale tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama pada perlawanan pertama ini tetapi pengganti mereka mengisi tempat dengan baik apabila rembatan Malcom mengikat gol awal Lucas Vazques.

Selepas 20 minit pertama yang menarik, Real kelihatan dikuasai lawan pada perlawanan El Clasico yang agak hambar tetapi keputusan seri memastikan perlawanan kedua di Santiago Bernabeu pada 27 Februari nanti pastinya lebih menarik.

Bagi Real, aksi mem-

“”

Tetapi keputusan ini menunjukka­n betapa pasukan ini berusaha gigih.

Santiago Solari

Jurulatih Real Madrid

berangsang­kan akan membantu memadam kekalahan memalukan 1-5 dalam aksi La Liga Sepanyol pada bulan Oktober, yang menyebabka­n jurulatih Julen Lopetegui dipecat keesokan hari.

“Perbanding­an tidak membantu,” kata Solari. “Tetapi keputusan ini menunjukka­n betapa pasukan ini berusaha gigih.”

Messi, yang bergelut dengan kecederaan paha, dan Bale, yang belum cergas perlawanan selepas pulih dari kecederaan betis, dimasukkan dalam separuh masa kedua tetapi kedua-dua pemain gagal memberi impak kemenangan.

Sebaliknya, Vazquez, dan dua pemain remaja Brazil mencuri perhatian. Vazquez menjaringk­an gol tetapi Vinicius Junior, 18, pemain paling muda Real Madrid yang beraksi dalam perlawanan El Clasico pada kurun ini, adalah ancaman terbesar pasukan sehingga dikeluarka­n dalam separuh masa kedua.

“Saya tidak terkejut dengan bagaimana kami bermain kerana saya mengenali beliau sejak beliau tiba,” kata jurulatih Barca, Santiago Solari.

Malcom juga bakat yang luar biasa dan gol pemain berusia 21 tahun itu mengikat kedudukan.

“Perlawanan ini masih seimbang,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde. “Keputusan seri satu gambaran adil,” kata Sergio Busquets.

Hanya 10 saat selepas sepak mula, Toni Kroos melepasi kawalan Ivan Rakitic tetapi penyudah hambar ketika Real menguasai awal permainan dengan Vinicius mengetuai ancaman dengan beberapa pergerakan berbahaya.

Beliau melepasi kawalan Nelson Semedo dan mengumpan bola kepada Kroos sebelum melakukan satu lagi umpanan yang ditolak keluar oleh Jordi Alba tetapi bola sampai ke kaki Karim Benzema dan melorong kepada Vazquez untuk membuka jaringan.

Rakitic dan Philippe Coutinho hilang fokus tetapi kekurangan pengalaman Vinicius menafikan gol kedua.

Barca mula mengimbang­i permainan dengan Luis Suarez mempunyai satu peluang tetapi hambar.

Mereka kemudian mengawal permainan sehingga ke akhir permainan.

Malcom terlepas peluang awal untuk mengikat kedudukan tetapi cubaannya hambar tetapi beliau menyempurn­akan peluang kedua apabila mengikat kedudukan ketika pergelutan di hadapan pintu gol Real apabila rembatan Suarez terkena palang tetapi bola muntah disempurna­kan Malcom. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Messi (kiri) bersaing dengan pemain tengah Real Madird, Casemiro ketika beraksi pada perlawanan liga di Nou Camp, Barcelona pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters SENGIT: Messi (kiri) bersaing dengan pemain tengah Real Madird, Casemiro ketika beraksi pada perlawanan liga di Nou Camp, Barcelona pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia