Utusan Borneo (Sarawak)

SEMUA PEMAIN PERLU BERI FOKUS PENUH

Sarawak sasar kutip tiga mata penuh pada pertemuan dengan Pulau Pinang di laman sendiri petang ini

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pengendali Sarawak, Mohd Farhan Abdullah menuntut fokus penuh semua pemainnya apabila melayan kunjungan Pulau Pinang dalam aksi Liga Premier 2019 di Stadium Negeri, Petra Jaya petang ini.

Menurut Mohd Farhan, beliau mahu semua pemain harus memanfaat sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh.

“Perlawanan esok (petang ini) adalah yang pertama di laman sendiri dan kita tidak harus mensia-siakan peluang memastikan tiga mata penuh menjadi milik kita kerana ia misi utama pasukan kita.

“Justeru, saya mahu semua pemain meningkatk­an fokus sepenuhnya dan paling penting bermain mengikut apa yang telah dirancangk­an,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini petang semalam.

Mohd Farhan berkata, kemenangan ke atas Pulau Pinang akan menjadi hadiah berharga buat penyokong-penyokong

Perlawanan esok (petang ini) adalah yang pertama di laman sendiri dan kita tidak harus mensia-siakan peluang memastikan tiga mata penuh menjadi milik kita kerana ia misi utama pasukan

” kita.

Mohd Farhan Abdullah

Pengendali Sarawak

setia pasukan Sarawak yang pastinya akan hadir memenuhi Stadium Negeri petang ini dengan harapan tinggi untuk melihat kejayaan dilakarkan oleh skuad Ngap Sayot 2019 ini.

Ditanya mengenai persediaan Sarawak menghadapi skuad Harimau Kumbang itu, Mohd Farhan menjelaska­n beliau akan melakukan sedikit perubahan terhadap jentera serangan ekoran ketiadaan pemain sayap, Abdul Rahim Abdul Razak.

Katanya, tempat Abdul Rahim akan digalas oleh penyerang cilik dari Indonesia, Rian Firmansyah yang akan membuat penampilan sulung bersama Sarawak musim ini.

“Saya juga mengharapk­an penyerang baharu, Hudson Dias De Jesus dapat diturunkan esok (petang ini).

“Beliau telah menandatan­gani kontrak hari ini (semalam) dan saya berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat mempercepa­t proses kelulusan pemain itu,” katanya.

Sarawak tewas pada perlawanan pertama menentang Negeri Sembilan minggu lalu dan perlu menang untuk mengelak daripada terus terjerumus dalam kedudukan tercorot liga.

Perlawanan Sarawak dan Pulau Pinang bermula jam 4.15 petang ini.

 ??  ??
 ??  ?? LATIHAN PEMANAS BADAN: Mohd Farhan menunjukka­n cara kawalan bola kepada pemain-pemain Sarawak pada sesi latihan d Stadium Negeri, Kuching petang semalam.
LATIHAN PEMANAS BADAN: Mohd Farhan menunjukka­n cara kawalan bola kepada pemain-pemain Sarawak pada sesi latihan d Stadium Negeri, Kuching petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia