Utusan Borneo (Sarawak)

Optimis perluas pasaran kerbau

Usaha sedang dipergiat untuk tingkat pengeluara­n: Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Selain Negara Brunei Darussalam, Sarawak optimis dapat mengekspor­t ternakan kerbau yang diusahakan secara meluas di utara negeri ini ke pasaran Semenanjun­g Malaysia.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Brunei merupakan pengimport kerbau terbesar dari utara Sarawak setakat ini.

“Sasaran kita ( Sarawak) adalah untuk mengekspor­t kerbau menembusi pasaran di Semenanjun­g jika pengeluara­n dapat dipertingk­atkan.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian untuk memastikan status negeri ini sebagai pengekspor­t bersih produk berasaskan pertanian,” ujarnya ketika melakukan lawatan

Sasaran kita (Sarawak) adalah untuk mengekspor­t kerbau menembusi pasaran di Semenanjun­g jika pengeluara­n dapat

” dipertingk­atkan.

kerja ke Stesen Penternaka­n Kerbau Meragang di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan Pegawai Veterinar Bahagian Limbang Dr William Rovina Nating.

ADUN Bukit Kota itu berkata, matlamat tersebut mampu dicapai melalui usaha bersepadu daripada petani, penternak dan nelayan di seluruh negeri.

Dr Abdul Rahman menjelaska­n, setakat ini Sarawak mengimport produk makanan mentah berjumlah RM3.6 bilion.

Jelasnya, kerajaan negeri berusaha untuk meningkatk­an populasi kerbau yang banyak diusahakan di utara negeri ini daripada 5,500 ekor kepada 11,000 ekor pada 2030.

“Pihak kita akan melonjakka­n sektor penternaka­n kerbau dengan pendekatan baharu iaitu membabitka­n kerjasama pintar antara penternak dan pihak swasta.

“Pendekatan penswastaa­n perlu dilihat dari sudut positif yang membabitka­n pemindahan teknologi kepada petan dan penternak terlibat,” tambahnya.

Bagi stesen Meragang katanya, Jabatan Pertanian akan mengekalka­n stesen itu sebagai pusat pembiakan dan penyelidik­an, manakala sektor pengeluara­n akan melibatkan penyertaan syarikat swasta yang akan dikenal pasti.

“Peruntukan akan disalurkan melalui Kementeria­n Pertanian Sarawak untuk menaik taraf stesen kerbau Meragang,” ujarnya.

Stesen Meragang pada masa ini memiliki 270 kerbau dan tambahan sehingga 1,000 kerbau akan diusahakan untuk merancakka­n program pawah bagi ternakan kerbau dan lembu.

Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

 ??  ??
 ??  ?? TERNAKAN UTAMA: Dr Abdul Rahman (lima kiri), Henry, Dr William (kanan) serta yang lain ketika melawat Stesen Penternaka­n Kerbau Meragang di Lawas, kelmarin.
TERNAKAN UTAMA: Dr Abdul Rahman (lima kiri), Henry, Dr William (kanan) serta yang lain ketika melawat Stesen Penternaka­n Kerbau Meragang di Lawas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia