Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI DISYAKI ROGOL ANAK SENDIRI DICEKUP

-

KUCHING:

Seorang lelaki ditangkap semalam kerana dipercayai merogol anak kandungnya yang baharu berusia 12 tahun.

Difahamkan, suspek berusia 40 tahun dan berasal dari Kampung Mapuk Tentu, Tebakang Serian ditangkap di tempat kerjanya di Jalan Pending sekitar jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan mengesahka­n tangkapan tersebut susulan laporan yang dibuat oleh mangsa.

“Kejadian didakwa berlaku pada 2 Februari baru-baru ini sekitar jam 5 petang di bilik sewa suspek di Matang selepas mangsa bersama dua lagi adiknya yang berusia sembilan dan 10 tahun terdahulun­ya dibawa bersiar-siar.

“Bagaimanap­un, suspek dikatakan bertindak merogol mangsa ketika adikberadi­k mangsa yang lain sedang asyik menonton televisyen dan bermain telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mangsa dikatakan takut menceritak­an kejadian itu kepada sesiapa sehinggala­h dicurigai oleh ibunya pada Rabu lepas.

“Mangsa telah dihantar untuk pemeriksaa­n di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan pakar sakit puan mengesahka­n ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa,” jelas Aidil.

Suspek dan ibu mangsa tidak tinggal bersama dan dalam proses perceraian.

“Mangsa tinggal bersama ibunya di Kota Samarahan, tetapi pada hari kejadian suspek menjemput mangsa dan adikadikny­a untuk bersiar-siar,” kata Aidil.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? DITAHAN: Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.
DITAHAN: Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia