Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki gagal dalam cubaan buka, letup mesin ATM

Kelibat suspek yang dibantu seorang rakan dilihat menerusi rakaman CCTV sebuah bank di Sungai Merah

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seorang lelaki gagal dalam cubaan mencuri duit dari mesin ATM sebuah bank di Sungai Merah awal pagi Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengurus bank tersebut yang dimaklumka­n oleh pihak ibu pejabat dari Kuala Lumpur bahawa salah sebuah mesin ATM mereka tidak berfungsi pada jam 6.30 pagi.

“Pemeriksaa­n melalui kamera litar tertutup ( CCTV) mendapati seorang lelaki memakai topi keledar telah cuba membuka mesin ATM tersebut menggunaka­n objek tajam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, rakaman CCTV juga mendapati lelaki sama juga cuba meletupkan mesin itu den-

Pemeriksaa­n melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memakai topi keledar telah cuba membuka mesin ATM tersebut

tajam. ” menggunaka­n objek

gan membakar sumbu mercun, tetapi cubaan itu gagal.

Suspek dilihat telah dibantu oleh seorang rakan yang tidak menggunaka­n helmet.

Bertindak atas maklumat, pegawai penyiasat dan pasukan siasatan pergi ke tempat kejadian untuk menjalanka­n pemeriksaa­n.

Katanya, semakan CCTV di dalam bank mendapati dua suspek tidak dikenali telah memasuki bank dan cuba memecah sebuah mesin ATM serta membakar sumbu mercun, namun mercun tidak meletup.

Menurut Stanley, pihak bank hanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

ACP Stanley Jonathan Ringgit Ketua Polis Daerah Sibu

 ??  ?? GAGAL: Kelihatan rakaman CCTV seorang lelaki bertopi keledar cuba membuka mesin ATM di sebuah bank di Sungai Merah.
GAGAL: Kelihatan rakaman CCTV seorang lelaki bertopi keledar cuba membuka mesin ATM di sebuah bank di Sungai Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia