Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur mengaku bersalah tuduhan mencuri, laku khianat

-

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,400 atau empat bulan dan empat minggu penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan mencuri dan melakukan khianat.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah Romario Lukas mengaku bersalah atas dua tuduhan yang dibacakan terhadapny­a masing-masing mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Seksyen 380 memperuntu­kkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Manakala Seksyen 427 boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh didapati telah mencuri wang tunai RM500 milik sebuah syarikat makanan segera dengan cara mengumpil laci simpanan premis tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.10 pagi, 22 September 2018 di sebuah kompleks beli-belah di sini.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh didapati telah melakukan khianat dengan sengaja merosakkan pintu laci dan pintu almari milik seorang lelaki, Lee Fui Nam, 68.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Romario pada jam 11.58 malam, 30 Januari lalu di premis makanan segera di sebuah kompleks beli-belah di sini.

Bagi kesalahan pertama tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM1,400 atau empat minggu penjara.

Manakala kesalahan kedua tertuduh didenda RM3,000 atau empat bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia