Utusan Borneo (Sarawak)

Rangka manusia Gua Niah dijangka dikembali akhir tahun

Ia kini berada di Florida, Amerika Syarikat dan rundingan sedang diadakan untuk membawanya pulang selepas kajian tamat

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak dijangka membawa balik rangka manusia yang telah diambil dari Gua Niah yang kini berada di Florida, Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia berada di negara itu selepas saintis dahulu mengambiln­ya untuk tujuan kajian.

“Lebih 100 rangka manusia diambil dari Gua Niah dan kini berada di Florida dan kajian mengenai perkara itu telah tamat.

“Justeru memandangk­an kita mahu menjadikan Gua Niah sebagai tapak warisan, maka rangka manusia itu harus dikembalik­an kepada kita untuk dipamerkan,” katanya ketika ditemui selepas meras- mikan program ‘Night At The Museum’ di sini, semalam.

Abdul Karim berkata, saintis berkenaan bukan pengumpul koleksi swasta, tetapi daripada universiti dan percaya ia masih selamat.

Katanya, kerajaan Sarawak sedang dalam rundingan dengan pihak tersebut.

“Kita berharap kemungkina­n ia dapat dilaksanak­an pada penghujung tahun ini kerana saya dimaklumka­n pihak terbabit bersetuju dan kita cuma perlu membayar kos pengangkut­an.

“Ia adalah warisan kita dan penyelidik yang mahu menggunaka­nya sebagai produk kajian kita akan memberi kredit seperti sebelum ini,” katanya.

Mengenai majlis itu, Abdul Karim berkata, kira-kira 80 pelajar univesiti dari luar negara termasuk Thailand, Indonesia, Laos dan Pakistan menyertai

Justeru memandangk­an kita mahu menjadikan Gua Niah sebagai tapak warisan, maka rangka manusia itu harus dikembalik­an kepada kita untuk

” dipamerkan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

program Night At The Museum bermula semalam hingga hari ini.

Katanya, program anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Jabatan Muzium Sarawak menyaksika­n pelajar diberi peluang bermalam selama dua malam di Muzium Sarawak dan menyertai acara pencarian harta karun.

“Terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengadakan program sebegini yang memberi manfaat dalam mempromosi­kan sektor pelanconga­n negeri Sarawak,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Suka Hii Chang Kee, Pemangku Pengarah Muzium Sarawak Suria Bujang dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Prof Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad.

 ??  ?? RASMI: Abdul Karim bersama (dari kiri) Hii, Dr Fasihuddin dan Suria merasmikan majlis program ‘Night At The Museum’ di Kuching, semalam.
RASMI: Abdul Karim bersama (dari kiri) Hii, Dr Fasihuddin dan Suria merasmikan majlis program ‘Night At The Museum’ di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia