Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak yakin Wisma Putra mampu tangani isu penahanan 47 rakyat Malaysia

-

Kerajaan Sarawak menghormat­i undang-undang kerajaan Kemboja dan yakin pihak berkuasa negara itu akan menjalanka­n siasatan adil terhadap 47 warganegar­a Malaysia, khususnya 44 belia dari Sarawak yang kini ditahan di sebuah penjara di sebuah wilayah negara itu.

“Kita yakin Wisma Putra dapat menangani isu penahanan rakyat Malaysia yang berasal di Sarawak dengan baik dan kita menghormat­i sepenuhnya undang-undang negara Kemboja,” tegas Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan NegeriPers­ekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Hasidah berkata, isu itu dapat diselesaik­an dengan baik memandangk­an ia melibatkan hubungan antara dua negara berjiran dalam rantau ASEAN yang mempunyai hubungan yang sangat akrab.

Namun demikian katanya, semua pihak perlu bertenang kerana pihak berkuasa Kemboja difahamkan masih manjalanka­n siasatan terperinci berhubung dakwaan penglibata­n para tahanan dalam kegiatan yang dipercayai menyalahi undangunda­ng.

Menurut beliau, kerajaan negeri memantau kes itu dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memperjela­skan isu terbabit kepada media di Miri berhubung perancanga­n dan tindakan kerajaan Sarawak untuk menanganin­ya kerana ia melibatkan dua negara berdaulat.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan MenteriLua­rDatuk Saifuddin Abdullah berkata, tumpuan utama akan diberikan kepada usaha membawa pulang kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Poi Pet, Kemboja dengan segera dan selamat.

Kerajaan Kemboja katanya, memberikan kerjasama yang baik dan membenarka­n pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melawat mereka yang ditahan sejak 11 Disember lepas.

Usaha membawa pulang itu turut dilakukan oleh Ahli Parli- men Julau Larry Sng Wei Shien yang memaklumka­n 44 daripada 47 rakyat yang ditahan ialah anak muda Sarawak, jelasnya.

“Kita mendapatka­n info terkini mengenai situasi ini. Pegawa kita juga sudah berhubung dengan mereka untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik. Semua keluarga yang terlibat juga sudah maklum dengan penahanan itu,” katanya.

Pada Khamis, Wisma Putra mengesahka­n laporan penahanan 47 rakyat Malaysia di Po Pet, Kemboja sejak 11 Disember tahun lalu.

Menurut Wisma Putra, mereka ditahan atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Jelasnya, makluman penahanan tersebut hanya diterima secara lisan daripada pihak polis Bantey Meanchey pada 28 Disember lalu.

 ??  ?? HASIDAH
HASIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia