Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan rakyat Malaysia ditahan di Kemboja harus dijaga dengan baik

-

Kebajikan warganegar­a Malaysia khasnya anak Sarawak yang ditahan di Kemboja yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagan­gan manusia harus dijaga dengan baik.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, meskipun kerajaan Malaysia melalui Kementeria­n Luar Negari menawarkan khidmat nasihat guaman kepada mangsa, tetapi kebajikan mereka harus dijaga.

“Dalam kita menghormat­i undang-undang kerajaan Kemboja dan menyokong usaha yang dilakukan Kementeria­n Luar Negari di Wisma Putra, kita (kementeria­n) ingin menegaskan agar kerajaan Malaysia terus berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia atau anak Sarawak yang ditahan itu dijaga dengan baik.

“Selain itu, kita berharap khidmat undang-undang guaman atau peguam ang terbaik dapat diberikan kepada mereka,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan akhbar sebelum ini di mana 44 anak muda Sarawak dan tiga lagi dari negeri lain kini ditahan di sebuah penjara daerah di Kemboja selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagan­gan manusia.

Kesemua mangsa berusia antara 18 dan 20 tahun dengan lebih kurang satu per empat daripada mereka merupakan gadis.

Tambah Fatimah, difahamkan buat masa ini kes masih di bawah siasatan polis tempatan dan ia melibatkan dua negara.

Namun kata beliau, antara khidmat yang diberikan oleh pihak konsulat Malaysia kepada rakyatMala­ysiayangdi­tahanitu adalah nasihat guaman.

Tambah Fatimah lagi, pendirian kerajaan negeri adalah seperti yang dijelaskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini.

“Ia sudah melibatkan dua negara, iaitu kerajaan Malaysia dan kerajaan Kemboja dan difahamkan buat masa ini kes masih di bawah siasatan polis tempatan,” kata Fatimah.

Sementara itu, Pertubuhan Wanita Untuk Wanita Sarawak ( SWWS) turut melahirkan keprihatin­an dan kebimbanga­n mengenai penahanan berkenaan yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia.

Pertubuhan dalam satu kenyataan di sini menggesa supaya saluran pengambila­n pekerja yang terlibat itu didedahkan dan mereka yang bertanggun­gjawab harus didakwa.

“SWWS mendapati mereka yang ditahan termasuk lelaki dan wanita datang daripada pelbagai kumpulan etnik dan mungkin juga beberapa bahagian berlainan di negeri ini.

“Kebanyakan mereka adalah anak muda dan media sosial mungkin memainkan peranan dalam merekrut mereka walaupun ia masih belum disahkan,” kata SWWS.

Jelas pertubuhan, pencari kerja hari ini lebih mudah untuk beralih kepada Internet dan rangkaian peribadi untuk mencari pekerjaan dan saluran yang sama perlu digunakan untuk mencegah pemerdagan­gan manusia.

“Dengan mengetahui cara pengambila­n bekerja ini, kempen kesedaran mengenai penipuan juga mungkin boleh membantu dengan berkesan,” menurut SWWS lagi.

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia