Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa tahanan mohon bantuan kerajaan bawa pulang anak

Chin Ted Sin dan keluarga sedih dengan nasib anaknya, Chin Kok Siong yang ditahan bersama 46 rakyat Malaysia di Kemboja

- Oleh Marlinda Mardzuki

Apa yang menjadi keutamaan kami ialah anak kedua kami ini (Kok Siong) kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga begitu juga dengan mangsa

” mangsa lain.

KUCHING: Bapa kepada salah seorang mangsa pemerdagan­gan manusia yang ditahan pihak berkuasa di Kemboja memohon bantuan kerajaan untuk membawa pulang anaknya ke tanah air.

Chin Ted Sin, 62, yang berasal dari Taman Malihah Fasa II, Jalan Matang di sini, memberitah­u seluruh anggota keluargany­a berasa kecewa dan sedih dengan peristiwa yang menimpa anaknya, Chin Kok Siong, yang ditahan bersama 46 rakyat Malaysia di sana, baru-baru ini.

Menurut Ted Sin, berita lanjut mengenai penahanan rakyat Malaysia itu hanya diketahuin­ya melalui akhbar semalam.

“Maklumat awal mengenai penahanan anak saya kurang jelas sebelum ini kerana hanya dihubungi oleh pegawai polis di Kuala Lumpur yang turut meminta agar menghubung­i pihak berkuasa Kemboja mengenai kes tersebut.

“Bagaimanap­un, pihak berkuasa Kemboja yang dihubungi itu tidak dapat memaklumka­n secara teliti kes penahanan anak saya, memandangk­an dia (pegawai Kemboja) juga tidak mempunyai maklumat lengkap tentang perkara itu,” katanya ketika ditemui wartawan Utusan Borneo dan The Borneo Post semalam.

Ted Sin berkata, kali terakhir beliau bercakap dengan anaknya adalah pada hujung November tahun lalu ketika anaknya memaklumka­n bahawa dia sudah selamat tiba di Kemboja.

“Selepas itu, saya tidak menerima khabar berita daripadany­a lagi sehinggala­h pihak polis di Kuala Lumpur menghubung­i saya, selain daripada berita akhbar yang

Chin Ted Sin

Bapa tahanan di Kemboja

menyatakan anak saya antara warga Malaysia yang ditahan di Kemboja,” katanya

Sehubungan itu, beliau merayu bantuan pihak berkenaan termasuk kerajaan untuk melakukan usaha membawa pulang semua rakyat Malaysia yang ditahan.

“Malah, saya turut memohon kepada wakil-wakil rakyat di kawasan saya untuk tampil bersama membantu dalam hal ini,” katanya.

Ditanya bagaimana sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, Ted Sin berkata, nikmat kegembiraa­n untuk menyam- but perayaan itu tidak lagi membawa sebarang makna kepada mereka sekeluarga.

“Apa yang menjadi keutamaan kami ialah anak kedua kami ini (Kok Siong) kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga begitu juga dengan mangsamang­sa lain,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan seramai 47 warga Malaysia kini ditahan di sebuah penjara daerah di Kemboja selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagan­gan manusia.

Daripada jumlah itu, 44 orang berasal dari Sarawak manakala selebihnya dar negeri lain, setelah dijanjikan pekerjaan dengan gaj lumayan dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.

Kesemua mangsa berusia antara 18 dan 20 tahun dengan lebih kurang satu perempat daripada mereka merupakan gadis

Mereka ditahan tanpa dibicaraka­n di mahkamah dan perkara ini juga tidak dimaklumka­n kepada pihak kedutaan Malaysia.

 ??  ?? NOTA SAYU: Nota penjara dari Gibson dan Grevina yang sangat rindukan bapa mereka.
NOTA SAYU: Nota penjara dari Gibson dan Grevina yang sangat rindukan bapa mereka.
 ??  ?? MOHON BAWA PULANG: Ted Sin menunjukka­n gambar anak keduanya, Kok Siong yang ditahan di Kemboja ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Malihah Fasa II semalam.
MOHON BAWA PULANG: Ted Sin menunjukka­n gambar anak keduanya, Kok Siong yang ditahan di Kemboja ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Malihah Fasa II semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia