Utusan Borneo (Sarawak)

‘Siapa yang tidak risaukan anak mereka ketika ditimpa masalah’

-

Hanya mampu ketawa kecil. Itulah reaksi seorang bapa ketika menyembuny­ikan seribu kerisauan mengenangk­an nasib malang yang menimpa dua anaknya yang masih ditahan di sebuah penjara di Kemboja.

Golip Gindip yang mencecah usia 52 tahun dan tinggal seorang diri di Kampung Raso, Lundu menaruh harapan besar kerajaan Malaysia dapat membantu membawa pulang kedua-dua anaknya, Gibson Golip, 22, dan Grevina Golip, 23, yang ditahan bersama 42 anak muda Sarawak serta tiga lagi individu warganegar­a Malaysia lain.

“Siapa yang tidak risaukan anak mereka ketika ditimpa masalah, saya hanya dapat berdoa dan berharap mereka sihat dan baik-baik sahaja di sana.

“Justeru, saya amat berharap kerajaan Malaysia dapat membantu dan membawa mereka pulang semula ke tanah air dengan selamat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Golip memberitah­u, dia mendapat berita mengenai penahanan kedua-dua anaknya itu dua minggu yang lalu menerusi satu panggilan telefon oleh anak lelakinya (Gibson).

“Dia hubungi saya dua minggu yang lalu memaklumka­n mereka ditahan polis Kemboja dan sejak itu, perasaan saya amat gelisah mengenang nasib mereka di sana.

“Dan semalam (kelmarin) dia (Gibson) ada menghubung­i saya memberitah­u mereka berdua sihat sahaja dan masih ditahan di penjara. Mereka juga meminta supaya saya jangan terlalu risaukan mereka dan menjaga kesihatan diri,” katanya lagi.

Dia kini tidak dapat bekerja disebabkan penyakit asma yang dihidapiny­a dan hanya mampu melakukan kerja-kerja ringan di kampung.

“Isteri saya telah meninggal dunia dan anak sulung lelaki kami juga telah meninggal disebabkan penyakit kanser, jadi sekarang saya tinggal seorang diri di kampung,” tambahnya dengan nada yang sayu.

Sehubungan itu, beliau merayu agar kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n dapat membantu menyelesai­kan kesulitan yang dialami keduadua anaknya itu bersama mangsa-mangsa lain dengan kadar segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia