Utusan Borneo (Sarawak)

Berikan masa kepada kerajaan persekutua­n baharu tunaikan janji: Pemimpin PH Sarawak

-

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sarawak menyeru rakyat, terutamany­a mereka yang mengundi mereka pada pilihan raya umum lalu agar memberikan masa kepada kerajaan persekutua­n baharu untuk menunaikan janji mereka.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berharap mereka yang telah menyokong PH sepanjang tahun sebelum ini mendoakan agar para pemimpin dalam kerajaan baharu diberi kebijaksan­aan memimpin negara.

“Anda semua tahu bahawa kami datang pada masa yang sangat mencabar dalam sejarah negara, terutamany­a dalam aspek keadaan ekonomi negara.

“Kami tahu bahawa terdapat jangkaan yang tinggi dari rakyat yang menjadikan kami berkuasa, tetapi kami hanya mahu anda memahami situasi kami untuk bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang di mana kami berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk memberi balik kepada masyarakat, komuniti dan melakukan yang terbaik sebagai sebuah kerajaan baharu untuk rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata demikian pada sidang media pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Stampin yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang juga Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How di sini, semalam.

Berhubung ramai rakyat Sarawak telah secara terbuka menyatakan keraguan mereka bahawa kerajaan PH dapat memenuhi apa yang telah dijanjikan untuk Sarawak, Ahli Parlimen Selangau berkata, PH baru sahaja menjadi kerajaan untuk lapan bulan dan untuk melaksanak­an tugas dengan sewajarnya amat penting.

“Keikhlasan kami sudah cukup untuk bergerak ke hadapan. Sudah tentu akan ada banyak halangan yang boleh menyebabka­n banyak perkara yang tidak dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat.

“Namun, apa sahaja yang kami berikan untuk melakukan terbaik untuk rakyat. Saya merasakan ia cukup untuk kita bergerak ke hadapan,” katanya.

Sementara itu, Timba- lan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, kerajaan baharu melakukan yang terbaik untuk meningkatk­an ekonomi tempatan melalui keputusan yang penting.

Beliau memberi contoh baru-baru ini kerajaan persekutua­n telah memutuskan untuk membayar balik semua cukai berlebihan selain Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), yang telah dipegang kerajaan sebelumnya selama bertahun.

Pengerusi PH Sarawak itu berkata, sejumlah RM37 bilion akan dibiayai secara beransur-ansur dalam tempoh 10 bulan akan datang.

“Ini akan menjadi suntikan dan rangsangan kepada ekonomi kita sekarang. Diharapkan kewangan yang diagih dalam sistem ini akan membantu semua rakyat dalam meningkatk­an ekonomi tempatan,” katanya.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin pula merayu kepada rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak khususnya untuk memberi peluang kepada kerajaan PH.

Beliau memberitah­u terdapat banyak cakap- cakap menyatakan bahawa PH tidak dapat menunaikan janji dan semuanya.

“Namun berimanlah kepada kerajaan baharu kami dan saya percaya dengan iman yang anda miliki dalam diri, kam akan meneruskan impian anda untuk memenuhi apa sahaja janji dan perkara yang kam katakan.

“Ia mengambil masa tetapi diyakini dengan kerajaan baharu, dasar baharu, saya percaya mereka dapat menyampaik­an lebih banyak kepada semua rakyat Malaysia dan Sarawak,” katanya.

“Ia akan mengambil masa tetapi yakin dengan kerajaan baharu, dasar baharu saya percaya mereka boleh menyampaik­an lebih banyak kepada semua rakyat Malaysia dan juga rakyat Sarawak,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: (Dari kanan) See, Baru, Chong dan Willie pada sidang media pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Stampin, semalam.
SIDANG MEDIA: (Dari kanan) See, Baru, Chong dan Willie pada sidang media pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Stampin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia