Utusan Borneo (Sarawak)

UPP tidak memohon untuk menyertai GPS, kata Wong

-

Parti Rakyat Bersatu (UPP) tidak memohon untuk menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh.

Beliau memberitah­u pemberita mengenai perkara tersebut ketika menerima kunjungan Tahun Baharu Cina daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib ke kediamanny­a di sini, semalam.

Berkenaan perkembang­an lain, Timbalanny­a Datuk Dr Jerip Susil ketika ditemui memberitah­u, mereka tidak memohon menyertai GPS memandangk­an permohonan nama baharu parti iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB) masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ditanya sama ada UPP akan memohon untuk menyertai GPS selepas nama baharunya (PSB) diluluskan oleh ROS, Wong menegaskan, “Seperti yang saya katakan, apabila tiba masanya nanti kita akan membuat keputusan kerana ia bukan hanya satu keputusan tetapi ia melibatkan antara keputusan Dr Jerip dan saya sendiri.

“Kita perlu melalui jawatankua­sa pusat parti dan semua itu mempunyai proses serta prosedurny­a sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, Wong yang merupakan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EDagang dan Menteri Kewangan Kedua berkata, pihaknya sedang dalam proses memohon kepada ROS untuk menukar nama parti iaitu PSB serta logo baharu.

“Saya harap ia akan dilu- luskan pada bila-bila masa dari sekarang dan apabila diluluskan, kami akan melihat apa yang akan kami lakukan. Dalam kata lain, apabila ia sampai di jambatan, kami akan menyeberan­ginya,” tambahnya.

Mengenai perkara lain, beliau menyatakan keyakinan bahawa ekonomi negeri akan berjalan lancar.

Menurutnya, terdapat banyak projek yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dari semasa ke semasa sejak kebelakang­an ini menunjukka­n ekonomi negeri lebih baik.

Baru- baru ini, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, mana- mana parti tempatan dari Sarawak termasuk UPP boleh memohon untuk menyertai GPS, tetapi ini tidak bermakna permohonan mereka dapat diterima dengan segera.

GPS kini terdiri daripada empat parti pemerintah yang telah keluar dari Barisan Nasional (BN).

Selain SUPP, parti lain ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Mereka membentuk GPS pada 12 Jun tahun lalu selepas BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sebulan sebelumnya.

Selepas beberapa bulan menunggu, GPS akhirnya diluluskan selepas sijil pendaftara­nnya dikeluarka­n oleh Kementeria­n Dalam Negeri pada 22 November tahun lepas.

Tiga hari sebelumnya, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumka­n bahawa permohonan untuk pendaftara­n oleh GPS telah diluluskan.

Logonya diumumkan pada 9 Januari lalu, diikuti dengan majlis pelancaran­nya di Kuching 10 hari kemudian.

 ??  ?? PERJELAS: Wong (tengah) dan Dr Jerip (dua kiri) ketika ditemui media semasa menerima kunjungan Tahun Baharu Cina Tun Taib di Sibu, semalam.
PERJELAS: Wong (tengah) dan Dr Jerip (dua kiri) ketika ditemui media semasa menerima kunjungan Tahun Baharu Cina Tun Taib di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia