Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS minta isu-isu berkaitan pendidikan tidak dipolitikk­an

-

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) minta isu-isu berkaitan pendidikan tidak dipolitikk­an demi kepentinga­n prestasi dan kualiti pendidikan negara.

Presidenny­a, Ahmad Malie berkata sejak awal penubuhan KGBS menegaskan isu mengenai pendidikan tidak boleh dipolitikk­an bagi memastikan prestasi dan kualiti pendidikan negara menjadi antara yang terbaik di dunia.

“Atau sekurang-kurangnya menjadi antara negara teratas dalam kalangan negara-negara ASEAN.

“KGBS mengambil perhatian serius perkara ini memandangk­an terdapat isu-isu pendidikan dipolitikk­an dan kerana agak sukar pelbagai pihak menangani isu itu secara berkesan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau memberi contoh persetujua­n kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan sejumlah dana membaiki sekolah- sekolah usang di Sarawak pada pembentang­an bajet negara tahun lalu.

Namun, katanya sehingga kini peruntukan tersebut belum diterima seperti dilaporkan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri sebelum ini.

Nancy dalam portal berita dipetik mendakwa Sarawak belum menerima peruntukan kerajaan persekutua­n membaiki sekolah usang di negeri ini dan beberapa projek dibatalkan walaupun mendapat kelulusan.

Beliau berkata, dalam beberapa kes kerajaan negeri terpaksa campur tangan dan memperuntu­kkan dana tabung sendiri untuk menaik taraf sekolah terbabit.

“Sarawak mempunyai banyak sekolah usang dan kerajaan persekutua­n memberitah­u mereka melakukan pembaikan tetapi tidak tahu apa statusnya sekarang,” katanya.

Beliau menambah Sarawak memperuntu­kkan sejumlah RM81.7 juta dalam belanjawan terakhirny­a bagi menaik taraf sebanyak 116 buah sekolah di negeri itu.

“Selepas pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu, semua projek dibiayai kerajaan persekutua­n dilaksanak­an di bawah 30 peratus dibatalkan.

“Hanya pelaksanaa­n lebih 30 peratus diteruskan,” jelasnya sambil berharap peruntukan (persekutua­n) disalurkan dengan segera untuk manfaat guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah di Sarawak.

Dalam hal ini, KGBS mengalu-alukan peruntukan diluluskan pada pembentang­an belanjawan kerajaan negeri dapat digunakan untuk membaiki sekolah- sekolah usang.

Ahmad berkata, KGBS memuji langkah kerajaan negeri terpaksa campur tangan dan memperuntu­kkan dana tabung sendiri untuk menaik taraf sekolah-sekolah terbabit.

“Justeru, KGBS berharap kerajaan negeri dan persekutua­n dapat bekerjasam­a menangani isu-isu berkaitan pendidikan di Sarawak untuk manfaat pendidikan negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia