Utusan Borneo (Sarawak)

BNM anjur Karnival Kewangan 23-24 Feb di Permaisuri Imperial City Mall

-

Bank Negara Malaysia ( BNM) dengan kerjasama pihak berkepenti­ngan akan mengadakan Karnival Kewangan di Permaisuri Imperial City Mall di sini pada 23 dan 24 Februari ini.

Karnival terbabit dijangka dihadiri sekali gus dirasmikan oleh Penolong Gabenor BNM Abu Hassan Alshari Yahaya yang turut diselitkan dengan pelbagai acara bagi menarik penyertaan masyarakat setempat serta mewujudkan impak lebih besar di kalangan mereka.

Antara aktiviti utama karnival ialah kesedaran jenayah kewangan untuk mengelakka­n diri menjadi mangsa tipu yang modus operandi menggunaka­n helah ‘pinjaman tertunggak’ sebagai sasaran penjenayah kewangan tersebut.

Orang ramai turut diingatkan agar tidak melayan panggilan yang mencurigak­an, berkongsi maklumat peribadi atau mendedahka­n maklumat perbankan termasuk kad kredit dan kata laluan bagi mengelakka­n menjadi mangsa tipu berkenaan.

Justeru, orang awam dipelawa bagi memeriahka­n karnival tersebut di samping mendapatka­n pelbagai maklumat berkaitan.

Sementara itu, National Associatio­n of Malaysian Life Insurance & Family Takaful Advisors (NAMLIFA) Cawangan Miri dengan kerjasama BNM menerusi karnival berkenaan akan mengadakan ‘Run For Insurance 2019’ pada 24 Februari 2019.

Sekitar 2,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam usaha memupuk kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang kepentinga­n insurans bagi melindungi diri sendiri dan ahli keluarga.

Larian sempena dengan karnival itu akan berlangsun­g di Dataran Kipas Miri bermula seawal 6 pagi.

‘Run For Insurance 2019’ akan dibahagi kepada empat bahagian iaitu kategori larian 10KM, kategori 5KM, kategori ‘Fun Run’ 3KM dan kategori ‘Family Fun.’

Ia juga membawa mesej kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentinga­n mempunyai perlindung­an insurans bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli keluarga.

Acara berkenaan julung kali diadakan dan pakaian sukan bernilai RM5,000 turut menjadi tarikan bagi cabutan bertuah pada program itu.

Hasil daripada kutipan acara larian berkenaan akan disumbangk­an kepada badanbadan amal terpilih iaitu Palliative Care Children Cancer Society dan Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dijangka hadir menjadi tetamu merasmikan acara berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia