Utusan Borneo (Sarawak)

Saniah kekal Pengerusi PERKEP IPD Sri Aman sesi 2019-2020

-

Saniah Henry mengekalka­n jawatannya sebagai Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bagi sesi 2019-2020 menerusi Mesyuarat Agung Tahunan PERKEP Peringkat IPD, semalam.

Jawatan Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Teresa, manakala Dayang Nafsiah Awang Ali (Setiausaha) dan Lans Koperal Fatin Nadira (Penolong Setiausaha).

Sim Geok Pei memegang jawatan Bendahari, manakala Sarjan Nur Erdina Marini (Penolong Bendahari) dan Biro Sosial disandang oleh Lans Koperal Nur Izatie dan Koperal Cecelia Umbi.

Sementara itu, Biro Kebudayaan diterajui Koperal Kamisah Ali dan Catherine Musa, manakala Biro Sains Rumah Tangga (Siti Hasliza dan Diana), Biro Kebajikan (Koperal Fatimah Suni dan Dayang Hamsiah), Biro Pendidikan (Roslida dan Sarjan Hamidah).

Biro Agama Islam (Syazwani dan Noni Abang), Biro Agama Kristian ( Konstabel Angelyana dan Cecelia), Biro Perhiasan (Koperal Shazura, Koperal Norasmalai­ly, Lans Koperal Shafiza, Lyana dan Jamilah).

Saniah ketika berucap ringkas selepas mesyuarat itu berharap ahli jawatankua­sa yang dipilih untuk sesi 2019-2020 akan menjalanka­n tugas yang diamanahka­n dengan sebaik mungkin.

“Inilah barisan baharu dan saya berharap segala perancanga­n program sepanjang tahun ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya,” ujarnya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankua­sa yang terus memilih beliau untuk menerajui pertubuhan itu.

Hadir sama Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Sri Aman ASP Mass Nur Haslinda, Ketua Cawangan Khas Daerah ASP Joseph Sapang serta pegawai kanan polis yang lain.

 ??  ?? BARISAN PERKEP: Saniah (duduk, enam kanan) bersama Ahli Jawatankua­sa PERKEP IPD Sri Aman sesi 2019-2020 selepas mesyuarat semalam.
BARISAN PERKEP: Saniah (duduk, enam kanan) bersama Ahli Jawatankua­sa PERKEP IPD Sri Aman sesi 2019-2020 selepas mesyuarat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia