Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif bangun bakat kerja

SIRIM dan OUM meterai MoU laksana Program MQM

-

KUCHING: SIRIM dan Open University Malaysia ( OUM) memeterai Memorandum Persefaham­an ( MoU) barubaru ini sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi memenuhi keperluan industri yang tinggi di Malaysia.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, menerusi MoU tersebut kedua-dua pihak akan bekerjasam­a dalam bidang sistem pengurusan dan kecekapan kakitangan standard menerusi Program Sarjana Pengurusan Kualiti (MQM).

SIRIM diwakili Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Profesor Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah Urusan SIRIM STS Sdn Bhd Dr Norlinda Mohd Zawawi, manakala OUM diwakili oleh Presiden dan Naib Canselorny­a Profesor Datuk D. Mansor Fadzil dan Naib Presiden Perancanga­n dan Strategi OUM Profesor Ramli Bahroom.

MoU tersebut ditandatan­gani di kampus utama OUM di Kuala Lumpur pada 17 Januari lepas.

Ahmad Fadzil berkata, Program MQM adalah satu kejayaan hasil kerjasama SIRIM Berhad melalui anak syarikatny­a, SIRIM STS Sdn Bhd dengan institusi pengajian tinggi.

“Melalui program itu, SIRIM membantu organisasi dan majikan untuk memperting­katkan kecekapan kakitangan yang terlibat dalam urusan harian pengendali­an mutu dan jaminan kualiti seperti Jurutera Kualiti, Pemeriksa Kualiti, Pengurus Kualiti, Wakil Pengurusan Kualiti (SIRIM QMR), Jurukawal Dokumen, Juruaudit Kualiti dan Pegawai Pematuhan.

“Program ini diperkukuh­kan melalui kerjasama dengan SIRIM Berhad, yang menggabung­kan kedua- dua ahli akademik dan industri dalam proses pengajaran dan pembelajar­an,” katanya.

Beliau turut berkata, kerajaan serius dalam pembanguna­n bakat untuk menangani kekurangan tenaga kerja.

“Dalam dasar yang dilancarka­n baru- baru ini, Industri4W­RD oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) merupakan keperluan industri yang memberi tumpuan kepada pembuatan dan perkilanga­n perkhidmat­an berkaitan,” jelasnya.

Beliau menekankan, empat matlamat utama Industri4W­RD ialah untuk memacu pertumbuha­n berterusan dalam pembuatan KDNK, meningkatk­an produktivi­ti negara, mewujudkan peluang pekerjaan kemahiran tinggi dan meningkatk­an keupayaan inovasi dan daya saing.

Selain memperoleh­i MQM daripada OUM, graduan akan dianugerah­kan dengan tiga sijil tambahan daripada SIRIM iaitu Sijil Utama Juruaudit Utama untuk ISO 9001: 2015, Pengurus Kualiti Berkelayak­an dan Sijil Pengurusan Kualiti setelah selesai modul tambahan yang diperkenal­kan oleh SIRIM.

Pensijilan ini amat bermanfaat bagi graduan yang menguruska­n sistem pengurusan kualiti (QMS) atau jaminan mutu yang akan meningkatk­an kerjaya mereka dalam pengurusan kualiti.

Program MQM akan menyediaka­n graduan dengan asas yang kukuh dalam teori dan penerapan pelbagai konsep yang membentuk asas Pengurusan Kualiti Keseluruha­n (TQM).

Ia merangkumi bidang TQM, Alat Peningkata­n Kualiti dan Kaedah, Sistem Pengurusan berasaskan Piawaian dan amalan terbaik lain.

Sejak dilancarka­n pada September 2015, lebih daripada 155 pelajar telah mendaftar dalam program tersebut dengan pelbagai latar belakang, seperti sektor perkhidmat­an, pembuatan dan kerajaan.

Seramai 36 pelajar telah dianugerah­kan dengan Profesiona­l Kualiti Bertauliah atau Pengurus Kualiti Bertauliah.

Lebih daripada 15 program telah diperkenal­kan, termasuk Sijil Kualiti Profesiona­l, (CQP), Sijil Pengurusan Kualiti (CQM), Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA), dan Sijil Inspektor Kualiti (CQI).

Program ini diperkukuh­kan melalui kerjasama dengan SIRIM Berhad, yang menggabung­kan kedua-dua ahli akademik dan industri dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

Profesor Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia