Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik bertanggun­gjawab pastikan haiwan diberi suntikan sebagai langkah antirabies

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Jangan jadikan alasan sambutan perayaan untuk lupa tanggungja­wab memvaksink­an anjing.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, suntikan antirabies wajib diberikan kepada haiwan berkenaan sebagai langkah awal pencegahan dan penularan wabak.

“Jangan kita lupa tentang situasi rabies bila kita meraikan perayaan. Kepada pemilik yang belum memvaksink­an haiwan mereka, mereka perlu bertindak segera,” jelas Adam semalam.

Selain diberi suntikan, turut menjadi tanggungja­wab pemilik memastikan haiwan tersebut sentiasa berada di dalam kawasan kediaman mereka.

Langkah itu sebagai meng-

Jangan kita lupa tentang situasi rabies bila kita meraikan perayaan. Kepada pemilik yang belum memvaksink­an haiwan mereka, mereka perlu bertindak

” segera.

Adam Yii

Datuk Bandar MBM

elak haiwan tersebut diserang anjing liar dan dijangkiti wabak rabies, katanya.

“Jadilah pemilik haiwan yang penyayang dan bertanggun­gjawab. Bersama kita menjadikan Miri selamat dan bebas daripada wabak rabies,” jelas Adam.

Beliau memberitah­u, sesi suntikan vaksin antirabies secara percuma akan diadakan pada Ahad ini (10 Februari) di Stadium Tertutup.

Aktiviti dikendalik­an Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah menangkap sebanyak 1,933 anjing liar sepanjang tahun lalu bertujuan membendung risiko penularan wabak rabies di sini.

Operasi menangkap anjing liar adalah berterusan setelah wabak diisytihar­kan di Kuching pada Julai 2017, jelasnya.

Dari Julai hingga Disember 2017 katanya, MBM telah menangkap sebanyak 461 anjing menjadikan jumlah semua anjing yang ditangkap ialah 2,394 ekor.

Adam berkata, MBM akan meningkatk­an usaha untuk menangkap anjing liar setelah beberapa kawasan di sini diumumkan dijangkiti wabak rabies oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Sarawak pada 27 September lalu.

Orang awam boleh membantu pihak berkuasa melaporkan tentang anjing liar di kawasan awam dengan menghubung­i ‘ hotline’ WhatsApp MBM menerusi talian 019-8960370, katanya.

Maklumat lanjut tentang vaksinasi antirabies dan situasi terkini wabak itu boleh diperolehi dari laman Facebook Sarawak Disaster Informatio­n.

 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia