Utusan Borneo (Sarawak)

12 pelatih PPKS timba pengalaman bidang mekatronik di One Medicare

-

Seramai 12 pelatih Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) diberi peluang untuk mendapatka­n pengalaman dalam bidang mekatronik selama dua tahun di One Medicare Sdn Bhd.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, One Medicare merupakan penyedia khidmat sokongan bagi 23 hospital di seluruh Sarawak.

Para pelatih turut diraikan pada majlis menandatan­gani perjanjian di ibu pejabat One Medicare oleh Ketua Pegawai Eksekutif One Medicare Sazali Tuah Neli.

“Ia merupakan satu penghormat­an kerana dipilih oleh pihak PPKS untuk menjalanka­n kerjasama dan kita mengalu-alukan peluang untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan para pelajar menerusi kerjasama tersebut.

“Ini menjadi platform yang betul untuk memperkena­lkan pelbagai bidang, termasuk mekatronik, bagi memastikan hospital mendapat perkhidmat­an sokongan yang diperlukan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) Mohamad Isham Fauzi mewakili Pengarah Eksekutifn­ya Hall- man Sabri berkongsi bahawa modul kurikulum program MEISTER Mekatronik adalah kesinambun­gan dua negara iaitu Malaysia dan Jerman.

Kombinasi kedua-duanya membolehka­n pelatih mendapat peluang pekerjaan di Malaysia dan juga luar negara dan dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran.

Untuk keterangan lanjut berkenaan program yang ditawarkan oleh PPKS, boleh menghubung­i talian 082364198/362086/362129.

Pertanyaan juga boleh diajukan menerusi pesanan mesej WhatsApp ( 012- 8789382) atau e-mel kepada info@ppks. edu.my., selain melayari laman sawang PPKS di www. ppks.edu.my.

 ??  ?? MANFAATKAN PELUANG: (Duduk dari kiri) Pengurus Pembanguna­n Program PPKS Zuraimi Johari, Mohamad Isham, Sazali dan Ketua Pegawai Kewangan One Medicare Sdn Bhd Eric Lim Swee Khoon bersama 12 pelatih dan kakitangan pengurusan One Medicare merakamkan kenangan.
MANFAATKAN PELUANG: (Duduk dari kiri) Pengurus Pembanguna­n Program PPKS Zuraimi Johari, Mohamad Isham, Sazali dan Ketua Pegawai Kewangan One Medicare Sdn Bhd Eric Lim Swee Khoon bersama 12 pelatih dan kakitangan pengurusan One Medicare merakamkan kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia