Utusan Borneo (Sarawak)

35 penduduk Kampung Masjid sertai dialog bersama PDRM

-

Hampir 35 warga penduduk Kampung Masjid menyertai sesi dialog dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Balai Polis Sentral Kuching yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, kelmarin.

Program Informal @ Coffee Talk itu dianjurkan menerusi kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Masjid dan Persatuan Wanita Kampung Masjid.

Balai Polis Sentral diketuai Ketua Balai Polis Sentral ASP Ahmad Abang dan tujuh anggota.

Ahmad dalam ucapannya berkata, program itu bertujuan untuk mengenali masalah penduduk setempat selain membolehka­n pihak polis bertukar pandangan untuk mencari kaedah terbaik bagi membantera­s gejala sosial.

“Dengan Kampung Masjid sebagai pintu utama masuk ke perkampung­an Melayu sekitar Jalan Datuk Ajibah Abol selaras dengan agenda ‘Old Kuching Heritage’ untuk mempertaba­tkan kampung asal Melayu di tengah kepesatan pembanguna­n, maka keselesaan dan ketenteram­an penduduk serta pelancong harus diberi jaminan.

“Tagline ‘Muafakat Membawa Berkat’ Kampung Masjid percaya setidak-tidaknya dengan kemasukan pelawat nanti maka sedikit sebanyak membuka ruang untuk penduduk berniaga secara sambilan dari kawasan rumah masing-masing.

“Peluang ini harus diman- faatkan penduduk setempat agar ruang dan peluang diberikan kerajaan ini tidak disia-siakan dan tempat asa dipenuhi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI),” jelas Ahmad Abang dalam ucapannya.

Tegas beliau, masalah PATI ini juga disuarakan oleh penduduk dan melalui kerjasama erat pihak Imigresen, PDRM dan RELA ia akan diperkukuh untuk memastikan kawasan kampung bersih dari gejala PATI dan hanya didiami pendatang yang sah.

Turut dijelaskan pada ses dialog berkenaan status proses pengemaski­nian Tebingan Masjid yang dijangka siap sepenuhnya pada April depan dan boleh dimanfaat penduduk di sekitar Kampung Masjid.

Hadir sama Penghulu Iskandar Landau, Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Masjid Abang Razak Abang Doll dan pekayuh Kiwi E Bike.

 ??  ?? DIALOG: (Duduk dari kiri) Abang Razak, Ahmad Abang dan Iskandar bergambar kenangan bersama peserta selepas program berakhir.
DIALOG: (Duduk dari kiri) Abang Razak, Ahmad Abang dan Iskandar bergambar kenangan bersama peserta selepas program berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia