Utusan Borneo (Sarawak)

Najib fail permohonan tangguh perbicaraa­n dijadualka­n Selasa ini

-

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memfailkan permohonan untuk menangguhk­an perbicaraa­n kesnya berkaitan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd yang dijadualka­n bermula Selasa ini.

Peguam Najib, Harvinderj­it Singh memberitah­u pemberita di sini permohonan penangguha­n itu difailkan di Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Rayuan bersama-sama sijil perakuan segera.

Beliau memohon menangguhk­an perbicaraa­n tujuh pertuduhan yang dihadapiny­a berkaitan dana berjumlah RM42 juta milik SRC Internatio­nal sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung rayuannya untuk membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi membenarka­n pendakwa raya menarik balik sijil pemindahan.

Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarka­n permohonan Peguam Negara Tommy Thomas untuk menarik balik sijil bag memindahka­n tujuh pertuduhan yang dihadapi Najib berhubung dana SRC Internatio­nal dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Susulan itu, Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan kelmarin untuk membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Pada 4 Julai tahun lepas Ahli Parlimen Pekan berusia 66 tahun itu didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu pertuduhan menyalahgu­nakan kuasa melibatkan dana SRC Internatio­na berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lepas beliau didakwa dengan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama daripada dana yang sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia