Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar mula berjinak-jinak dengan jenayah ekstrem: KPN

-

Pelajar sekolah kini tidak hanya terlibat dengan kegiatan ponteng sekolah, vandalisme dan buli tetapi turut berjinak- jinak dengan jenayah yang lebih ekstrem, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Mohamad Fuzi berkata pembabitan pelajar dalam aktiviti jual beli dadah, salah laku seks, membunuh, menyertai kumpulan kongsi gelap dan militan antara jenayah pernah dicatatkan dalam jurnal juvana.

Katanya, berdasarka­n statistik narkotik, 467 tangkapan melibatkan pelajar sekolah dibuat pada tahun 2017 dan angka tersebut meningkat kepada 577 tangkapan tahun lepas.

“Penglibata­n pelajar dengan najis dadah semakin serius dan memerlukan perhatian semua pihak, tambahan pula kami tidak dapat menolak pandangan skeptikal masyarakat bahawa najis dadah adalah ‘ ibu’ kepada segala punca perlakuan jenayah,” katanya dalam perutusan sempena Program ‘Jom Ke Sekolah’ peringkat Kebangsaan Tahun 2019 semalam.

Beliau juga berkata statistik indeks jenayah melibatkan pelajar sekolah mencatatka­n penurunan iaitu 1,285 kes pada tahun 2018 berbanding 1,722 kes pada tahun sebelumnya.

“Meskipun menunjukka­n penguranga­n, usaha menanganin­ya masih perlu dipergiat memandangk­an jumlah kes in masih berada pada tahap yang menggusark­an.

“Elemen- elemen negati yang disebarkan melalui kecanggiha­n teknologi serta kebebasan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja menjadi antara penyumbang kepada keruntuhan dan kebejatan akhlak generasi muda masa kini,” kata Mohamad Fuzi.

Sementara itu, beliau berkata kerjasama rapat antara pihak sekolah dan polis melalui Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS) dilaksanak­an sebagai langkah awal membendung salah laku jenayah.

“PPSberpera­nandalamme­mbantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat, sebagaiman­a yang digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubunga­n Sekolah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia