Utusan Borneo (Sarawak)

SAPA cabar Naroden tampil perjelas isu tanah di Simunjan

-

Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais tampil memberi penjelasan dan pengesahan bahawa beliau tidak mempunyai kepentinga­n dalam sebuah syarikat yang didakwa memiliki lebih 16,000 hektar tanah di Simunjan.

Presiden Sapa Dominique Ng mendakwa, Menteri Muda E-Dagang itu didakwa mempunyai kepentinga­n dalam syarikat berkenaan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Statistik Suku Ketiga 2005 yang dikeluarka­n Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Bahagian Kuching.

“Dalam laporan tersebut, ia menamakan Naroden sebagai Pegawai Perhubunga­n dalam lebih daripada dua syarikat yang tersenarai,” kata bekas ADUN Padungan itu kepada pemberita sebelum membuat laporan di Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak di sini semalam.

Menurut Dominique lagi, walaupun laporan statistik itu belum disahkan kebenarann­ya, ia terpulang kepada pihak SPRM untuk menjalanka­n siasatan tanpa rasa takut dan gentar di bawah kerajaan baharu Malaysia.

Tambahnya, pada tahun lepas, sekumpulan penduduk dari Simunjan membuat laporan kepada SPRM berhubung kes melibatkan tanah di Kampung Lubok Buntin.

Beliau menjelaska­n, laporan itu dinafikan oleh Naroden dalam akhbar pada 7 Disember tahun lalu yang mengatakan beliau hanya membantu penduduk dalam dua perkara, iaitu mereka yang tidak mempunyai tanah dan mereka yang mempunyai tanah tetapi menyerahka­n tanah mereka kepada sebuah syarikat pelabur untuk satu usaha sama.

Bagaimanap­un, Dominique berkata, setakat ini belum ada perkembang­an terkini berhubung kes tersebut meskipun pihaknya telah menyerahka­n beberapa dokumen berkaitan untuk SPRM menjalanka­n siasatan.

Pada masa sama Dominique memberitah­u, SAPA merupakan pertubuhan yang berdaftar untuk memperjuan­gkan hak rakyat di Sarawak dan isu tanah hak adat Bumiputera (NCR) merupakan isu besar yang dihadapi penduduk di negeri ini.

Turut tampil di Pejabat SPRM Sarawak, Joseph yang membuat laporan terhadap Naroden kerana didakwa memiliki sejumlah tanah di Simunjan.

Sementara itu, Naroden ketika dihubungi berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan agensi berkaitan untuk mendapatka­n fakta sebenar bagi mengesahka­n dan menye- diakan jawapan kepada tuduhan yang dibuat SAPA.

“Saya sekarang masih d Sibu menemani Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sr Abdul Taib Mahmud. Saya balik ke Kuching esok (har ini),” katanya dalam pesanan WhatsApp.

Jelasnya lagi, jawapan bag tuduhan yang dilemparka­n SAPA terhadapny­a telah dibuat dalam kenyataann­ya bertarikh 7 Disember 2018 kerana ia berkaitan isu sama yang masih didengar d mahkamah.

“Kes masih didengar d mahkamah sekarang dan adalah tidak baik untuk saya mengeluark­an kenyataan baharu tentang isu yang sama,” tegasnya.

 ??  ?? TOLONG SIASAT: Dominique (empat kiri) ditemani Joseph bersama penyokong mereka berada d luar Pejabat SPRM Sarawak, semalam.
TOLONG SIASAT: Dominique (empat kiri) ditemani Joseph bersama penyokong mereka berada d luar Pejabat SPRM Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia