Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam, polis rampas 3 juta pil Eramin 5 bernilai RM60 juta

Dadah ditemui dalam satu daripada dua kontena yang tiba di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor dari Taiwan

-

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) cawangan Narkotik Ibu Pejabat dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 3 juta pil Eramin 5 bernilai anggaran RM60 juta yang disorokkan di dalam ekzos motosikal.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T. Subromania­m berkata dalam serbuan pada 31 Jan lepas, dadah itu ditemui dalam satu daripada dua kontena yang tiba di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor dari Taipei, Taiwan.

Pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pengarah syarikat berusia 20-an.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut terhadap kedua-dua kontena bersaiz 20 kaki yang tiba sejak Disember lalu dan didaftarka­n sebagai alat ganti kenderaan ini mendapati salah sebuahnya terdapat pil Eramin 5 seberat 480 kilogram yang disorokkan di dalam 1,248 unit tabung besi ekzos.

“Pemeriksaa­n ini juga turut menggunaka­n Anjing Pengesan Dadah (APD) yang telah menunjukka­n reaksi positif ke atas tabung-tabung ekzos tersebut dan pasukan terpaksa menggunaka­n alat pemotong untuk membuka tabung besi ekzos tersebut.

“Hasilnya menjumpai satu balutan plastik lutsinar yang terdapat sejumlah kerajang warna merah dan perak yang mengandung­i pil-pil dan berdasarka­n ujian menggunaka­n alat pengesan dadah ianya positif dadah jenis Nimetazepa­m,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Azimah Abd Hamid dan Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Tambah Subromania­m, kejayaan ini juga hasil ker-

Pemeriksaa­n ini juga turut menggunaka­n Anjing Pengesan Dadah (APD) yang telah menunjukka­n reaksi positif ke atas tabung-tabung ekzos tersebut dan pasukan terpaksa menggunaka­n alat pemotong untuk membuka tabung besi ekzos tersebut.

Datuk Seri T. Subromania­m Ketua Pengarah JKDM

jasama melalui penubuhan jawatankua­sa sejak dua minggu lepas bagi menangani penyeludup­an dadah antara JKDM dengan JSJN Bukit Aman.

Beliau berkata pihaknya percaya dadah ini untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan kira-kira 300,000 orang.

“Siasatan diteruskan bagi melihat pihak lain yang turut terlibat termasuk ejen perkapalan. Bila kita buat siasatan kita mahu lihat siapa lagi terlibat, biasanya kerja-kerja seperti ini bukan dibuat oleh seorang sahaja ia mesti ada kerjasama daripada beberapa pihak lain termasuk kemungkina­n penglibata­n orang dalam,” katanya.

Beliau berkata suspek yang ditahan telah direman sehingga 13 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Subromania­m (tengah) ketika sidang media semalam. JKDM cawangan Narkotik Ibu Pejabat dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 3 juta pil Eramin 5 bernilai anggaran RM60 juta yang disorokkan di dalam ekzos motosikal.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Subromania­m (tengah) ketika sidang media semalam. JKDM cawangan Narkotik Ibu Pejabat dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 3 juta pil Eramin 5 bernilai anggaran RM60 juta yang disorokkan di dalam ekzos motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia