Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki geng pecah rumah rentas sempadan ditahan

-

Polis berjaya menumpaska­n geng pecah rumah rentas sempadan selepas menahan dua lelaki termasuk orang kena pengawasan ( OKP) dalam Ops Limau di sebuah rumah di Kubang Semang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dua lelaki masing-masing berusia 28 tahun itu ditahan pada 12 tengah hari, dan menerusi pemeriksaa­n dalam rumah sewa milik seorang daripada mereka, polis menemui pelbagai barangan hasil kegiatan pecah rumah.

“Pemeriksaa­n lanjut dalam rumah itu, polis merampas sebuah kereta jenis Volkswagen warna putih yang dicuri di Johor tahun lepas, pelbagai komputer riba, beg, beg tangan, barangan kemas, jam tangan dan arak berjenama. Kesemua dirampas itu bernilai kira-kira RM100,000.

“Selain itu, polis turut merampas pelbagai peralatan digunakan untuk menjalanka­n kegiatan pecah rumah antaranya ‘master key’ diubah suai, ‘allen key’ diubah suai, spanar boleh laras, kunci pelbagai jenis, playar, pemutar skru, kuku kambing dan sarung tangan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua lelaki termasuk seorang daripada OKP itu mengaku melakukan beberapa kes pecah rumah sekitar Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor bersama beberapa lagi rakan mereka yang masih bebas.

Nik Ros Azhan berkata siasatan awal juga mendapati rumah sewa milik OKP itu dijadikan tempat mereka berkumpul termasuk beberapa rakan yang datang dari Selangor sebelum melakukan kegiatan jenayah pecah rumah dan stor menyimpan barangan curi sebelum dijual kepada pembeli.

“Hasil soal siasat, dua lelaki yang tidak bekerja itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah sejak tahun lepas dan polis percaya geng itu terlibat sekurang-kurangnya 10 kes jenayah di SPT,” katanya.

Beliau berkata lelaki OKP ditahan itu merupakan suspek yang aktif dalam jenayah pecah rumah dan mencur kenderaan mewah sebelum ditangkap serta dikenakan pengawasan dan dia mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

Katanya dua lelaki yang masing-masing berasal dar Selangor itu kini direman lima hari bagi membantu siasatan dan polis kini giat mengesan beberapa rakan mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah pecah rumah tersebut — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia