Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar ditahan dalam Ops Lejang di Kuala Kangsar

-

Seorang pelajar dan seorang penganggur ditahan dalam dua serbuan berasingan Ops Lejang di sebuah rumah di sini, kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata penganggur lelaki berumur 15 tahun ditahan pada jam 9.30 pagi kelmarin oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah daerah di sebuah rumah di Keledang Kota Lama.

Sementara itu, katanya pelajar lelaki berumur 16 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Kandang Hilir Kota Lama Kanan pada jam 5.30 pagi semalam.

“Dalam Ops Lejang itu, polis merampas pelbagai komponen motosikal jenis Honda EX5 termasuk sebuah rangka, rim, tangki minyak, absorber dan ekzos,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Razali berkata semakan ke atas nombor casis dan nombor enjin motosikal itu dilaporkan hilang di Masjid Kota Lama Kiri pada 1 Feb lepas.

Menurut Razali, keduadua individu terbabit direman mulai semalam hingga 12 Feb bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Narkotik Kuala Kangsar membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ujib Kati di sini kira-kira 12 tengah malam kelmarin dan menahan dua lelaki, katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n menemui dadah jenis heroin dengan anggaran berat keseluruha­n 5.07 gram, satu keratan kertas timah, dua gulungan kertas disyaki alat untuk menghisap dadah dan satu pemetik api.

Menurutnya ujian air kencing ke atas kedua-dua lelaki yang merupakan penganggur berumur 33 tahun dan 40 tahun itu positif morfin.

Katanya siasatan mendapati kedua- duanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan pihak polis akan memohon reman untuk membantu siasatan mengikut seksyen 39( A) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia