Utusan Borneo (Sarawak)

Agong dijadual sempurnaka­n istiadat pembukaan sidang Dewan Rakyat 11 Mac

Persidanga­n Dewan Rakyat sesi akan datang dijadualka­n dari 11 Mac hingga 11 April depan

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah akan menyempurn­akan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada 11 Mac ini.

Perkara itu dimaklumka­n Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata persidanga­n Dewan Rakyat sesi akan datang dijadualka­n dari 11 Mac hingga 11 April depan, iaitu selama 20 hari.

Mohamad Ariff menerima pemakluman mengenai Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke-14 itu daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Ketua Majlis selaras dengan Peraturan 11 (2), PeraturanP­eraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Mesyuarat Kedua akan bermula dari 1 hingga 18 Julai iaitu selama 12 hari, manakala Mesyuarat Ketiga akan bermula dari 7 Okt hingga 5 Dis selama 36 hari,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Ariff berkata persidanga­n Dewan Negara akan memulakan Mesyuarat Pertama pada 11 Mac dan dari 22 April hingga 9 Mei depan iaitu selama 11 hari.

“Mesyuarat Kedua akan bermula pada 22 hingga 31 Julai depan selama tujuh hari. Mesyuarat Ketiga akan bermula pada 9 hingga 19 Dis selama lapan hari,” tambahnya.

Sultan Abdullah secara rasmi memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke16 pada 31 Jan lepas, selepas

Mesyuarat Kedua akan bermula dari 1 hingga 18 Julai iaitu selama 12 hari, manakala Mesyuarat Ketiga akan bermula

hari. ” dari 7 Okt hingga 5 Dis selama 36

Datuk Mohamad Ariff Md Yusof Yang Dipertua Dewan Rakyat

istiadat melafaz sumpah dan menandatan­gani surat pengisytih­aran memegang jawatan di Istana Negara.

Baginda menggantik­an Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Jan selepas dilantik pada 13 Dis 2016. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Sultan Sallehuddi­n berkenan merasmikan Masjid Sultan Sallehuddi­n di Kampung Paya Stesen, Kodiang dekat Jitra, semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Sultan Sallehuddi­n berkenan merasmikan Masjid Sultan Sallehuddi­n di Kampung Paya Stesen, Kodiang dekat Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia