Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Kedah rasmi Masjid Sultan Sallehuddi­n di Kodiang

-

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah berkenan merasmikan Masjid Sultan Sallehuddi­n di Kampung Paya Stesen, Kodiang di sini, semalam.

Pada majlis itu, Sultan Sallehuddi­n turut berkenan menandatan­gani plak yang disediakan sebagai tanda perasmian masjid berkenaan sebelum baginda turut menunaikan solat Jumaat di masjid sama bersama kirakira 1,000 orang kariah dan penduduk kampung.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n.

Terdahulu, ketibaan baginda disambut Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir serta Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK) Datuk Abdul Rahman Ismail.

Terdahulu, Pegawai Daerah Kubang Pasu Mohd Fisol Md Noh berkata, Masjid Sultan Sallehuddi­n mula dibina pada 2014 di atas tapak masjid lama iaitu Masjid Al Muhammadia­h yang sebelum ini tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat.

Katanya, Masjid Sultan Sallehuddi­n siap dibina pada 2016 dengan kos sebanyak RM1.8 juta hasil sumbangan orang ramai dan mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

“Pada mulanya masjid ini dahulunya dikenali sebagai Masjid Al Muhammadia­h yang dibina pada 22 Okt 1972 di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Kedah dan sudah diguna pakai selama 44 tahun.

Bagaimanap­un selaras dengan keperluan semasa masjid ini kemudian dirobohkan pada Mei 2014 untuk pembanguna­n semula masjid baharu ditapak masjid berkeluasa­n 38 kali 38 meter persegi yang siap sepenuhnya pada 27 Feb 2016,” katanya semasa menyampaik­an ucapan pada majlis perasmian masjid itu.

Masjid yang mula dibuka pada 24 Mac 2016 itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya penyaman udara, tandas serta tempat letak kenderaan yang mencukupi untuk keselesaan jemaah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia