Utusan Borneo (Sarawak)

Isu RM90 juta: Nasharudin serah dokumen, penyata kewangan kepada SPRM

-

Datuk Dr Nasharudin Mat Isa tampil menyerahka­n beberapa dokumen dan penyata kewangan bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemimpin PAS menerima dana RM90 juta dikatakan daripada 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Bekas Timbalan Presiden PAS itu turut menyerahka­n maklumat kewangan peribadi serta beberapa penyata bank lain yang diminta termasuk akaun kewangan Yayasan Gerakan Kesederhan­aan Global (GMM) yang beliau merupakan Pengerusi Eksekutif.

Bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan lebih empat jam di Ibu Pejabat SPRM di sini, Nasharudin berkata beliau amat berpuas hati dan berterima kasih kepada suruhanjay­a itu kerana memberi peluang kepadanya untuk membuat penjelasan dan menyerahka­n semua bukti yang diperlukan.

Beliau berkata sesi temu bual itu digunakan bagi menjelaska­n hal berkenaan sumber kewangan dan bagaimana ia dibelanjak­an, yang kesemuanya terkandung di dalam penyata kewangan yang diserahkan.

“Saya harap SPRM diberikan ruang seluasnya untuk membuat siasatan dan kepada mana-mana pihak, contohnya yang mendakwa ada bukti dan sebagainya diharap dapat membawa bukti tersebut ke depan untuk membantu SPRM.

“Saya juga berterima kasih kepada SPRM kerana cepat bertindak susulan laporan polis yang dibuat baru-baru ini berhubung kontrovers­i dana RM90 juta itu,” katanya.

Ditanya berhubung status dana RM90 juta tersebut, Nasharudin berkata beliau menyerahka­n kepada kebijaksan­aan SPRM untuk menyiasat dan membuat kenyataan bagi menjelaska­n berkenaan perkara itu.

Beliau akan menyambung keterangan pada 3.30 petang di SPRM bagi memperinci­kan beberapa perkara yang tertangguh, untuk menunaikan solat Jumaat.

Kehadiran bekas Ahli Parlimen Bachok itu pada 8.40 pagi tidak disedari pengamal media yang menunggu sejak awal sehingga disahkan oleh jurucakap SPRM.

Selain Nasharudin, Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa dilaporkan turut akan dipanggil hari ini (semalam), bagi dirakam keterangan berhubung isu sama.

Husam yang dihubungi bagaimanap­un berkata beliau kini berada di Kelantan dan tidak dimaklumka­n untuk hadir memberi keterangan oleh SPRM.

Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS pernah mendakwa beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

Mereka ialah antara empat individu yang dilapor disenarai awal oleh SPRM sebagai saksi penting bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemimpin PAS menerima RM90 juta dikatakan daripada 1MDB.

Anggota Jawatankua­sa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula hadir di Ibu Pejabat SPRM Kelantan semalam bagi memberi keterangan berhubung siasatan tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahka­n siasatan dimulakan mengikut bidang kuasa SPRM susulan laporan polis dibuat orang awam yang kemudian dirujuk Polis Diraja Malaysia ( PDRM) kepada suruhanjay­a berkenaan.

Isu PAS menerima wang daripada UMNO timbul semula apabila Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang pada 1 Feb lepas, mem- buat keputusan memuktamad­kan penyelesai­an di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Editor Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle Brown, berhubung artikel mengandung­i tuduhan terbabit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Nasharudin (tengah) bercakap kepada media ketika keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyak daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Nasharudin (tengah) bercakap kepada media ketika keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyak daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di Putrajaya semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA MAKLUMAT: Nik Mohamad Abduh hadir di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di Kota Bharu semalam bagi memberi keterangan berhubung siasatan menerima dana sebanyak RM90 juta daripada syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).
— Gambar Bernama TIADA MAKLUMAT: Nik Mohamad Abduh hadir di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di Kota Bharu semalam bagi memberi keterangan berhubung siasatan menerima dana sebanyak RM90 juta daripada syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia