Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Hadi sedia disiasat SPRM Susulan dakwaan RM90 juta dimasuk ke dalam akaun pemimpin PAS

-

MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu.

Beliau berkata terpulang kepada SPRM menyiasat mana- mana individu atau PAS dan pihaknya bersedia memberi kerjasama bagi melancarka­n proses siasatan sekali gus menjadikan PAS sebuah parti yang bersih daripada isu rasuah.

Bagaimanap­un beliau berkata siasatan itu perlu dilaksanak­an secara adil dan mendesak SPRM turut

Jangan pelik dari mana PAS dapat duit...jelas ia dari poket kami sendiri... orang kami sendiri yang bertungkus­lumus kerja untuk menyumbang derma

(kepada parti).

menyiasat sumber kewangan yang diterima parti-parti lain khususnya pada pilihan raya umum yang lalu.

“Kami boleh dedahkan sumber kami tapi parti lain pun perlu dedahkan...ada parti yang takut (untuk dedahkan) ...tapi kami tak takut.

“Jangan pelik dari mana PAS dapat duit...jelas ia dari poket kami sendiri... orang kami sendiri yang bertungkus­lumus kerja untuk menyumbang derma (kepada parti),” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an kuliah dhuha di Masjid Rusila di sin semalam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPRM membuka kertas siasatan dan memanggil beberapa individu bagi menyiasat dakwaan itu.

Sebelum ini, artikel yang dilapor oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta ‘dipercayai’ dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka supaya menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) — Bernama

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia