Utusan Borneo (Sarawak)

Vinales catat masa terpantas hari kedua

-

Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales mempamerka­n tunggangan bertenaga hanya beberapa minit sebelum sesi hari kedua ujian pra-musim sejuk Kejuaraan MotoGP 2019 berakhir untuk mencatat masa sepusingan terpantas, di sini semalam.

Pada sesi ujian di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) itu, pelumba Sepanyol berkenaan mencatat masa terpantas satu minit 58.897 saat, di pusingan kedua terakhir daripada 63 pusingan dilakukann­ya.

Berikutan catatan masa itu, beliau berjaya mengatasi rakan senegara Alex Rins daripada Team Suzuki Ecstar yang sebelum itu mendahului kelompok pelumba dalam sesi tersebut selepas mencatat masa terpantas 1:59.424s hanya ketinggala­n 0.527s di belakang Vinales.

Pelumba Australia, Jack Miller daripada pasukan Alma Pramac Racing di kedudukan ketiga dengan catatan 1:59.517 saat.

Sementara rakan sepasukan Vinales, juara dunia tujuh kali kelas utama kejuaraan berkenaan, Valentino Rossi dari Itali ketinggala­n 0.728 saat di belakang beliau untuk mencatat masa keenam terpantas pada sesi hari ini.

Dalam pada itu, pelumba pasukan MotoGP milik Malaysia, Petronas Yamaha SRT, menampilka­n aksi membanggak­an apabila Fabio Quartararo dari Perancis, yang membuat penampilan sulung dalam kelas utama musim ini, dan pelumba Itali Franco Morbidelli, berada di kedudukan ke-14 dan 15 selepas masing-masing mencatat 2:00.108s dan 2:00.151s.

Pelumba MotoGP tunggal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili Red Bull KTM Tech 3 pula merekodkan masa 2:01.859s. — Bernama MASA TERPANTAS: Aksi Vinales ketika beraksi pada sesi ujian masa di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia