Utusan Borneo (Sarawak)

Ridzuan tekad pertahan pingat emas pada Paralimpik 2020

-

Gelaran Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018 menjadi pembakar semangat buat atlet paralimpik elit negara, Moham- a d Ridzuan Mohamad Puzi u n t u k mempertaha­nkan pingat emas pada Sukan Paralimpik

2020 di Tokyo, Jepun.

Mohamad Ridzuan atau lebih mesra deng a n panggilan Dik Wan, 31, menerima anugerah berkenaan daripada Jawatankua­sa Paralimpik Asia ( APC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal pagi Rabu, sebagai pengiktira­fan kepada atlet para yang cemerlang di rantau Asia. Mohamad Ridzuan yang meraih pingat emas acara 100m T36 (celebral palsy) pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, berkata pengiktira­fan itu merupakan hadiah paling bermakna. “Terima k a s i h kepada semua termasuk keluarga, jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN), Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) serta penyokong yang tidak pernah jemu memberi semangat dan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada saya. Perjuangan ini tidak bermakna tanpa sokongan anda.

“Saya berpuas hati dengan pengiktira­fan ini kerana segala usaha saya berbaloi dan dihargai, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat Asia,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, kelmarin.

Atlet berasal dari Padang Besar, Perlis itu berkata beliau sudah bersedia untuk memulakan latihan bagi mengejar impian peribadiny­a itu. — Bernama SAAT MANIS: Mohamad Ridzuan menunjukka­n trofi dan sijil yang dimenangin­ya selepas dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik Asia 2018.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEDIA: Dr Abdullah (tengah) bersama pemain dan pegawai pasukan Ragbi UiTM Lions pada majlis memperkena­lkan jersi dan penaja serta pemain ragbi UiTM Lions untuk Kejohanan Liga Ragbi Malaysia di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama BERSEDIA: Dr Abdullah (tengah) bersama pemain dan pegawai pasukan Ragbi UiTM Lions pada majlis memperkena­lkan jersi dan penaja serta pemain ragbi UiTM Lions untuk Kejohanan Liga Ragbi Malaysia di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Mohamad Ridzuan (dua kiri) sejurus tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.
— Gambar Bernama TERBAIK: Mohamad Ridzuan (dua kiri) sejurus tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia