Utusan Borneo (Sarawak)

Schalke 04 harap Matondo mampu ubah nasib kelab

-

Kelab bermasalah Schalke berharap pemain remaja Wales Rabbi Matondo dapat membantu mengubah musim mereka dalam perlawanan menentang Bayern Munich dan kelab lamanya Manchester City dalam masa beberapa minggu yang akan datang.

Selepas menduduki tempat kedua di belakang Bayern dalam Bundesliga pada musim lepas di bawah jurulatih berusia 33 tahun Domenico Tedesco, Schalke telah tewas dalam 10 daripada 20 perlawanan liga mereka pada musim ini.

Kekalahan 2-0 di tempat sendiri pada hujung minggu lepas kepada Borussia Moenchengl­adbach meninggalk­an Schalke di tempat ke- 12 dalam liga – masih kedudukan tertinggi mereka sepanjang musim – ketika Matondo membuat penampilan sulungnya.

Dia dijangka bermain lagi pada malam ini (Sabtu) di stadium Bayern, Allianz Arena, sebelum Man City datang untuk perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di tempat sendiri pada 20 Februari.

“Dia berusia 18 tahun, kami tahu itu, tetapi kami sudah lama memerhatik­annya. Dia sudah memiliki keupayaan untuk bermain dalam Bundesliga,” kata pengarah Schalke, Christian Heidel.

Schalke tidak pernah menang dalam 17 perlawanan menentang Bayern, yang mereka kali terakhir te- waskan dalam perlawanan separuh akhir Piala Jerman 2011 ketika kapten Bayern sekarang Manuel Neuer masih bersama Schalke.

Bayern di tempat ketiga pasti terdesak untuk menebus kekalahan mengejut 3-1 dalam liga pada Sabtu lepas di Bayer Leverkusen, yang menyerang balas tanpa belas kasihan dan menemui lubang besar untuk dieksploit­asi.

Bayern bangkit dengan kemenangan 3-2 di Hertha Berlin pada Rabu lepas dalam Piala Jerman, tetapi sekali lagi ternyata goyah di belakang dengan Mats Hummels yang membuat kesilapan buruk untuk gol kedua Hertha sebelum Kingsley Coman menjaringk­an gol kemenangan.

Schalke mencatatka­n kemenangan 4-1 dalam kejuaraan Piala di tempat sendiri ke atas Fortuna Dusseldorf dengan Matondo yang menunjukka­n serba sedikit bakatnya ketika dia bermain dalam babak pertama sahaja.

Selepas siri kecederaan di hadapan, Schalke berharap menyertaan pemain muda dari Wales itu dapat menyelamat­kan musim mereka.

Remaja kelahiran Cardiff itu berharga sembilan juta euro (RM43 juta) dan tiba selepas memecah rekod kelab di Manchester, dengan mencatatka­n masa 2.62 saat bagi jarak 20 meter dalam ujian pecut – masa terpantas bagi mana-mana pemain di City.

Schalke melihat Matondo sebagai jawapan mereka kepada Jadon Sancho – pemain sayap England berusia 18 tahun yang telah membantu musuh ketat Dortmund mendahului dengan kelebihan tujuh mata dalam liga dengan persembaha­n yang sentiasa menarik perhatian.

Tedesco melihatnya sebagai pelaburan “jangka sederhana dan panjang” yang “dapat memenangi setiap situasi satu lawan satu”. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TONGGAK: Gambar fail bertarikh 19 November 2018 ini menunjukka­n Matondo sedang menjalani latihan di The Vale Resort di Britain.
— Gambar Reuters TONGGAK: Gambar fail bertarikh 19 November 2018 ini menunjukka­n Matondo sedang menjalani latihan di The Vale Resort di Britain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia