Utusan Borneo (Sarawak)

Sancho menyertai Dortmund

-

Walaupun menjadi seorang pemain antarabang­sa England dan bintang Borussia Dortmund pada usia sekadar 18 tahun sahaja, Jadon Sancho menegaskan peralihann­ya yang lancar selepas penghijrah­an bersejarah ke kelab pendahulu Bundesliga adalah tidak mudah.

Dortmund mendahului dengan kelebihan tujuh mata di Jerman dan dominasi Bayern Munich selama enam tahun dalam Bundesliga menerima ancaman yang serius dengan Sancho memainkan peranan utama.

Penyerang kelahiran selatan London itu sudah menjaringk­an tujuh gol pada musim ini, mencipta 12 lagi, dalam semua pertanding­an dan menjalin gandingan berbisa dengan bintang Jerman Marco Reus untuk Dortmund.

Keputusan berani Sancho pada Ogos 2017 – ketika dia baharu berusia 17 tahun – untuk meninggalk­an Manchester City telah membuka kalan bagi beberapa pemuda British untuk pergi ke Jerman, kerana mahu lebih kerap bermain dan tidak terpaku pada bangku pemain simpanan di kelab mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bintang Bawah 21 Eng- land Reiss Nelson, 19, sudah menjaringk­an enam gol d Hoffenheim selepas dipinjam dari Arsenal, pemain sayap Wales, Rabbi Matondo, 18 menyertai Schalke pada bulan lepas dari Man City manakala Emile Smith-Rowe, 18, telah dipinjam oleh RB Leipzig dar Arsenal.

“Saya rasa pemain muda mahu pergi jauh sekarang kerana mereka melihat kejayaan saya, tetapi ia tidak mudah,” kata Sancho kepada AFP.

“Orang fikir begitu kerana saya begitu berjaya, tetap perjalanan setiap orang adalah berbeza.

“Perjalanan saya hanya untuk keluar ke sini dan meningkatk­an diri. — AFP

 ??  ?? SANCHO
SANCHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia