Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka United tumpu baiki kelemahan

-

Mengurangk­an kesilapan mudah dan memperbaik­i kelemahan ketika bertahan merupakan antara fokus yang perlu diberi perhatian Melaka United menjelang pertemuan Liga Super bertemu PKNS FC di Shah Alam, Selangor malam ini.

Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan berkata, biarpun mencatat kemenangan 2-1 pada aksi pertama Liga Super menentang Petaling Jaya FC, beliau melihat masih terdapat kelonggara­n yang perlu diperbaiki dan mengingatk­an pemain supaya tidak cepat berasa selesa.

Sebaliknya, Zainal Abidin, 57, berkata pemain skuad Hang Tuah itu diingatkan meningkatk­an tahap prestasi dan tahap permainan memastikan skuad itu membawa pulang tiga mata.

“Kesilapan yang dilihat bukanlah di bahagian (pemain) pertahanan tetapi kelemahank­elemahan dilakukan (keseluruha­n) pemain di waktu bertahan amat penting (untuk dibaiki) dan semua ini kita percaya akan diperbaiki dalam perlawanan seterusnya.

“Saya yakin pasukan ini akan lebih meningkat dan saya mahu para pemain menunjukka­n mutu terbaik dan kemampuan yang kita ada ketika menghadapi PKNS FC nanti,” katanya ketika ditemui Bernama selepas sesi latihan Melaka United di sini.

Zainal Abidin berkata beliau menghormat­i PKNS FC sebagai sebuah pasukan yang telah lama berada dalam saingan Liga Malaysia selain kehadiran pemain yang berkualiti dalam pasukan itu.

“PKNS telah memberi tentangan hebat dalam Liga Super dalam musim-musim terdahulu, tetapi kita sudah tentu mahu berikan yang terbaik dalam perlawanan ini,” katanya.

Sementara itu, pemain berpengala­man Melaka United Shukor Adan mahu rakanrakan­nya lebih fokus dan memberi komitmen lebih seratus peratus dalam padang ketika bertemu PKNS nanti.

“Jadi fokus harus diletakkan seratus dua puluh peratus agar kita dapat meraih mata penuh,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Pemain Melaka United meraikan jaringan Luka Milunovic (dua kiri) pada Perlawanan Persahabat­an Bola Sepak Pra Musim 2019 menentang Warriors FC.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Pemain Melaka United meraikan jaringan Luka Milunovic (dua kiri) pada Perlawanan Persahabat­an Bola Sepak Pra Musim 2019 menentang Warriors FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia