Utusan Borneo (Sarawak)

Bola Pantai AFC: 20 pemain dipanggil sertai latihan

-

Dua puluh pemain dipilih untuk menghadiri kem latihan pusat skuad bola sepak pantai kebangsaan bermula 19 Feb hingga 4 Mac bagi persediaan menghadapi Kejuaraan Bola Sepak Pantai Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam daripada senarai yang dipanggil mengikuti latihan di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam itu, hanya 12 pemain terbaik akan dipilih mewakili negara ke kejohanan yang akan diadakan di Pattaya, Thailand dari 7 hingga 17 Mac ini.

Malaysia diundi dalam kumpulan A memulakan saingan berdepan Afghanista­n pada 7 Mac, diikuti aksi bertemu tuan rumah, Thailand pada 9 Mac dan perlawanan terakhir menentang Palestin pada 11 Mac.

Jika pasukan negara berjaya menduduki dua pasukan teratas kumpulan, saingan suku akhir dijadual berlangsun­g pada 14 Mac diikuti aksi separuh akhir pada 15 Mac dan final pada 17 Mac.

Untuk rekod, pada edisi lepas di Kuala Terengganu, Malaysia selaku tuan rumah menamatkan saingan di peringkat kumpulan selepas meraih satu kemenangan dan tiga kali tewas.

Seramai 20 pemain disenaraik­an menyertai kem latihan pusat ialah Mohd Nazri Sulaiman, Mohd Zaharim Mohd Yusof, Mohd Riduwan Mohd Nor, Mohammad Fakhrullah Mohamad, Muhammad Qushairi Assari, Mohamad Norazman A Bakar, Mohd Hasrol Ali dan Wan Muhamad Syarif Wan Abd Manan.

Abdul Harith Iskandar Ibrahim, Muhamad Hazwan Satopa, Mohammad Faiq Mazelih, Mohd Izamzi Mohamad, Mohamad Rizaudin Awang Long, Muhammad Zulhairi Ismail, Mohammad Nur Hadzwan Hashim, Mohd Shafiq Riza Huzair, Mohd Ridhwan Zainal, Mohd Hafiz Arbaen, Azrul Azhar dan Azrizan Ahmad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia