Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Drama Pendek DFKL 2019 tawar hadiah bernilai sehingga RM18,000

-

DRAMA Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan bermula tahun 2014 ialah anugerah majlis tahunan Malaysia yang mengiktira­f pencapaian sinematik dalam industri televisyen, khususnya drama dan telefilem yang dianjurkan oleh dua rangkaian televisyen milik Media Prima Berhad iaitu TV3 dan TV9.

DFKL dianjurkan bagi meningkatk­an lagi mutu penerbitan drama bersiri dan telefilem Melayu di kaca televisyen tempatan.

Program ini berjaya menarik ratusan peserta terdiri daripada penulis, pengarah dan pelakon baharu yang berminat menerokai industri penerbitan drama di Malaysia.

Pertanding­an Drama Pendek DFKL, juga dikenali sebagai DFKL Shorties, diperkenal­kan bagi mempromosi­kan DFKL.

Melalui pertanding­an ini, para pembikin filem, penerbit, pelakon dan penulis skrip berpeluang mencipta drama lima minit untuk dipertonto­nkan kepada umum.

Dan untuk edisi tahun ini, Pertanding­an Drama Pendek DFKL kini telah dibuka penyertaan dengan mempertaru­h hadiah bernilai sehingga RM18,000 untuk dimenangi.

Selain itu, orang ramai juga diseru untuk mengundi pilihan artis dan drama mereka di portal hiburan www.dfkl.com.my bermula 1 Februari yang lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Johan Ishak, “Semenjak pengenalan DFKL pada tahun 2014, pertanding­an drama pendek ini merupakan antara pertanding­an yang disertai ramai.

“Pelbagai genre drama pendek yang berkualiti telah diterima sehingga kini, oleh itu kami menyeru kepada semua sutradara muda di luar sana untuk menunjukka­n bakat mereka dalam menghasilk­an drama-drama pendek ini sebelum 1 Mac 2019.

“Rebutlah peluang yang kami sediakan dan menangi hadiah wang tunai RM10,000 (juara), RM5,000 (Naib Juara), dan RM3,000 (tempat ketiga).”

“Selain itu, penglibata­n orang awam dibuka lagi dengan mengalu-alukan mereka mengundi artis pilihan mereka dalam kategori Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

“Setiap individu boleh menurunkan undian mereka sebanyak 10 undian setiap hari kepada mana-mana pilihan mereka di mana undianundi­an mereka akan menentukan pemenang pada malam anugerah DFKL bagi kategori yang dipertandi­ngkan kelak.”

Bagi pertanding­an drama pendek pula, terdapat beberapa garis panduan untuk rujukan para peserta pertanding­an drama pendek ini.

Pastikan tiada sebarang jenama yang bertentang­an dengan jenama yang menaja pertanding­an ini dipaparkan di dalam video.

Muzik atau sebarang audio yang digunakan wajib berstatus bebas royalti.

Dilarang sama sekali menggunaka­n unsur-unsur lucah, politik, penghinaan terhadap agama dan bangsa, budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat, frasa lucah atau menjurus kepada bahasa kasar.

DFKL 2019 mengangkat tema ‘#positifsel­alu’ untuk menyerap budaya pemikiran dan perlakuan positif dalam kalangan penonton TV dan juga pengguna media sosial.

Ikuti perkembang­an terkini DFKL 2019 di laman media sosial Facebook, Instagram, Twitter @ TV3Malaysi­a dan portal rasmi www.dfkl.com.my.

Gunakan tanda pagar #dfkl2019 dan #positifsel­alu untuk menyemarak­kan lagi perbualan di laman media sosial anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia