Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Brazil mungkin hidap pneumonia: Doktor

-

Presiden Brazil Jair Bolsonaro mengalami demam dan kemungkina­n pneumonia, kata doktornya pada Khamis, 10 hari selepas pemimpin haluan kanan itu menjalani pembedahan bagi kecederaan di perut yang beliau alami selepas ditikam pada tahun lepas.

Pemimpin berusia 63 tahun itu masih berada di unit separa kecemasan di Sao Paulo selepas satu prosedur untuk mengeluark­an pundi kolostomi dan menyambung­kan dengan usus.

“Malam semalam beliau mengalami demam dan telah diarahkan bagi satu imbasan CT di bahagian dada dan perut yang menunjukka­n perkembang­an usus yang baik” selain daripada “satu imej konsisten dengan pneumonia,” doktor Bolsonaro menyatakan dalam laporan perubatan harian mereka.

Jurucakap presiden, Otavio do Rego Barros, berkata imej “telah mengesahka­n kebarangka­lian bagi pneumonia” namun menambah bahawa para doktor “kelihatan tidak berasa bimbang” berbanding sebelum ini.

“Berjaga-jaga dengan sifat suka mensensasi­kan sesuatu,” kata Bolsonaro dalam satu kenyataan Twitter, ketika beliau menunjukka­n ibu jarinya dalam sekeping gambar yang turut dihantar dalam Twitter.

Bekas kapten tentera itu merupakan seorang pengguna prolifik bagi media sosial, d mana beliau melakukan beberapa bahagian besar daripada kempen presidenny­a yang berjaya pada tahun lepas.

“Kami sangat tenang, baik dan kami akan terus dengan keadaan itu,” tulis beliau.

Anak lelaki Bolsonaro juga aktif dalam media sosial memberikan perkembang­an positif mengenai kesihatan bapa mereka.

Presiden telah dijangka akan meninggalk­an hospital pada minggu ini namun masih belum dapat makan sepert biasa dan terus diberi makan secara intravena.

Beliau menjalani pembedahan pada 26 Januari, yang ketiga sejak serangan pisau bagi menyambung semula ususnya supaya beliau dapat meneruskan perkumuhan secara biasa.

Ia mengambil masa dua kal lebih lama berbanding dengan tiga hingga empat jam yang dijangkaka­n disebabkan oleh beberapa komplikasi.

Sejak itu beliau telah mengalami demam teruk termasuk mengalami loya- loya dan muntah, serta telah menggunaka­n tiub nasogastri­k, satu saluran paip dan diberikan antibiotik.

Secara rasminya, Bolsonaro telah berterusan mentadbir negara dari atas katil hospitalny­a. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TETAP CERIA: Bolsonaro menunjukka­n isyarat ibu jari ketika beliau dimasukkan ke Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, Brazil pada Khamis.
— Gambar Reuters TETAP CERIA: Bolsonaro menunjukka­n isyarat ibu jari ketika beliau dimasukkan ke Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, Brazil pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia